si cantek & kachak ;)

Tuesday, November 29, 2011

kawan UiTM

assalamualaikum..

yeah, aku ni antisosial, kat uitm ni kawan ngan perempuan je, budak laki pun cuma bebudak kelas je, kawan perempuan pun budak kelas ngan budak hostel je, kenal orang punn susah, dengar orang gossip gossip sebut nama budak tu, budak ni, memang haramlah aku nak kenal, orang upk, jpk aku kenal 2-3 ketul je waima aku duduk hostel dah 5 sem.

senang cite, aku tak berapa minat saja-saja nak tau hal orang yang aku tak kenal, yelah, diorang pun bukan kesah nak tau hal aku kan.

kat sini aku ada dua side kawan, which are kawan kelas dan kawan hostel. disebabkan, kawan kawan hostel aku tak sama course ngan aku, macam orang lain yang always stick together sebab sama course kelas juga hostel, so aku mesra(err) ngan both kawan kelas dan kawan hostel, macam orang ada dua bini, adil dan saksama(err errrr).

bila masa kelas, yeah, mestilah pergi ngan kawan kelas kan, balik kelas pergi makan sama, borak borak pasal semua benda. then bila balik hostel, jumpa kawan kawan hostel pulak, lepak sesama, tengok movie sesama.

okay, actually aku spend more time with kawan kawan hostel la kan, sebab jumpa diorang day and night tak macam kawan kelas yang jumpa time kelas je. kalau bawak balik rumah pun, setakat ni, aku pernah bawak kawan hostel je. dan sedara tanya, 'satu course ke?', yup tu soklan wajib.

but still, tak kira la kawan hostel ke, kawan kelas ke, aku rasa they can be called as bestfriends even if i think i dont have any before. masing masing dah besar kan, be profesional in facing problems is important. love my friends ;)

2 comments: