assalamualaikum..
hey korang, nama saya Amanina binti Mohtar, kawan panggil saya aman, femli panggil saya dekna, sedara-mara panggil saya nina, anak-anak buah panggil saya oshu(err). ok dah cukup, aku kali ni nak cerita pasal nama orang, tu aje.
nama sangat penting dalam kewuujudan kita, sampai ada pepatah 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama', nama memberi kita identiti, nama juga menggambarkan personaliti(mungkin). dan selalunya melalui nama, kita boleh menentukan agama juga bangsa seseorang.
ada nama yang ada makna, ada nama yang takde makna, ada yang namanya panjang, ada yang namanya pendek(abjad banyak dan tidak banyak, sila jangan lurus bendul), ada yang namanya sedap, ada yang namanya pelik(cover word), ada yang senang sebut, ada yang belit-belit tapi sedap(cover lagi), dan macam-macam jenis nama lagi.
jadi, salah siapa? baiklah, jangan salahkan sesiapa, bersyukurlah sebab ada nama. aku cuma pelik bila nama orang tu panjang-panjang, lagi panjang dari nama bapak dia, tapi panggil pendek gila, kalau boleh, nak sebut satu abjad je, apakah?
mungkin sebab nama ni boleh membentuk karekter, maka ibu bapa kalau boleh nak letak satu perenggan nama untuk anak mereka(err), tapi tak salah kot(aku tak rajin pula nak kaji hukumnya), sekurang-kurangnya, kalau nama anak tu ada 4 perkataan, boleh panggil satu hari satu nama.
p/s ; maaf jika ada yang terasa, tapi ini realitinya, seperti biasa, gambar dari pakcik Google ;)
No comments:
Post a Comment