si cantek & kachak ;)

Thursday, January 26, 2012

tangan yang sakit, perut sihat...

Assalamualaikum..(sila baca dengan nada seorang hos rancangan hiburan)

selalunya kalau setakat nak pergi Kinokuniya kat Klcc tu, aku boleh pergi sorang, tak payah nak susah-susahkan orang kampung mintak tolong hantar bagai. tapi sejak jadi OKU separuh masa ni, kena merintih-rintih lah nak pergi mana-mana.

maka, atas keterlanjuran akak-akak dan ma aku nak pergi bank berdekatan dengan klcc, aku pun diheret bersama ;)

sebelum tu, kami mengambil akak aku si uda di opis beliau, kawan-kawan dia yang kenal aku dan nampak tangan aku teros membebel 'ehh, baru jumpa aritu, jumpa lagi sekali tangan dah camni?' aku pun 'err.. errr..' should i say more *tiba2.

sebelum bergerak ke mercu tanda negara Malaysia, kami singgah lunch dan solat di Sooka Sentral terlebih dahulu.







diorang yang kebulur terus ingin mengerjakan makanan sebaik sahaja makanan tiba di meja, tetapi ditegah oleh aku kerana photographer makanan ini belum menjalankan tugasnya ;)

selapas solat, kami bergegas-gegas mencari jalan dengan bantuan GPS untuk ke ibu pejabat Ambank, selesai urusan kami ke KLcc Suria seperti yang digembar-gemburkan.

aku dan angah terus ke Kinokuniya seperti yang dirancang, manakala uda dan ma pergi minum-minum makan *amboi.

disebabkan agak ramai umat manusia dalam kinokuniya tersebut, aku menjadi serabut dan berniat untuk menggunakan hanya 1 voucer terlebih dahulu. siap suruh angah ambil apa-apa stationery untuk anak-anak dia, konon aku nak belanja. ngiyahaha *gelak orang kaya kot

tapi malangnya, aku tak bawa student I.D =..= maaf, angah yang membayar pula :D

sebelum pulang, sempat lagi aku menge'pau' angah macaroon yang sungguh enak ;)


sekian sahaja cerita aku :D


p/s ; aku memang obses dengan gambar makanan walaupun makan tak seberapa *yeke? ;)

No comments:

Post a Comment