aku tak post apa-apa entri setelah sekian lama, ye, agak lama la sebab last entri aku bulan januari, dan sekarang dah tengah nak masuk akhir bulan februari pun.
sebenarnya aku ada mengalami kemalangan kecil tengah bulan januari haritu, to be exact, on 15 january, tangan kiri aku patah, sebab utama jatuh(jatuh apa dirahsiakan, nak rasa manis, assumed as 'jatuh hati' je), aku kena duduk wad semalam sahaja, ditemani seorang rakan sekelas yang orang asik ingat dia kakak aku, comel betul :)
tangan aku disimen dari tapak tangan ke atas siku, dan aku diberi cuti sakit sebanyak 30 hari, wuhuuu, syurga rasanya(ayat yang selalu digunakan untuk mengambarkan keseronokan walaupun tak tau pun syurga tu macam mana), sejak itu aku banyak menyusahkan orang sekeliling *mengeluh
dengan perasaan bersalah, aku tetap gembira. paling rasa syurga bila duduk rumah tak perlu buat apa-apa selain makan tidur dan online. nak buat hampir semua benda perlukan kasih sayang orang sekeliling terutamanya emak, contohnya nak ikat rambut, pakai pakaian dan macam-macam lagi.
oleh sebab perlu menaip menggunakan satu tangan, aku terus takda hati nak mengepost sebarang entri yang kena banyak menaip, tapi entri pasal keluar merayap tu macam wajib post aje.
terima kasih diucapkan kepada semua famili dan rakan-rakan yang sangat mengambil berat pasal tangan aku, tanpa kalian siapalah aku tanpa tangan kiri aku buat semantara waktu itu, sekarang, simen di tangan aku pun dah dibuka. walaupun masih belum seratus peratus sembuh, aku dah boleh buat semua kerja sendiri.
masa baru masuk wad :D |
p/s : walaupun rasa serba salah sebab banyak menyusahkan orang, aku rasa seronok dilayan seperti OKU.
OKU sementara :D
ReplyDeleteAHAHAHAHAHA!!! pastu ble da bkk , asyik kne langgar j kan??? =.= sakit kan???wat to do??
ReplyDelete