si cantek & kachak ;)

Wednesday, December 19, 2012

its been awhile..

Assalamualaikum..

Taktahu siapa la nak baca blog aku ni kan, dah lama gila aku tak hapdet apa-apa dalam ni, sampai aku dah lupa macamane nak buang lagu yang ada kat blog ni *nangis*

Bukan calang-calang punya lama aku tak hapdet apa-apa post, masa semester akhir haritu lansung aku tak post apa-apa, enam bulan kot, bukan setakat berhabuk, berdaki, berkerak semua dah blog ni *sadis*

Lagipun masa sem akhir haritu, kitorang memang busy tak hingat, tidur tak sempat, mandi bila perlu, makan.. err.. makan mana boleh lupa, tengok running man pun sama :) tapi, apa yang nak dikatakan, aku memang takda nafsu lansung nak hadap blog ni, betul!

Sekarang, Alhamdulillah pengajian peringkat diploma aku dah habis, result dah keluar, walau tak cemerlang macam kengkawan, at least aku lepas semua, takyah nak balik Segamat dah *ehh, kecuali nak buat clearance nanti*

Dah lebih sebulan cuti, memula duk rumah uda, lepastu balik Johor duk rumah along, pastu balik kampung, pastu pergi rumah along balik, pastu datang KL duduk rumah angah sampai sekarang, memang agak ber'nomad' lah kehidupan aku sekarang ni.

Sekarang tengah buat part-time lipat lempeng durian(durian crepes) tolong angah sekaligus menjaga kebajikan kepada business durian crepes tersebut, boleh lah buat duit poket walau tak mewah macam kengkawan yang bekerja kat opis :)

Sekian berita tak penting dari saya, salam :)

Friday, November 9, 2012

Simple tutorial cemana nak donlod video.. :D

yang ni nak download running man..

step1 : pergi kat kshownet

step2 : klik kat episode yang nak di download tu, klik each Part and copy the exact URL

step3 : open new tab link ni ---> savevideo

step4 : paste URL video yang hendak di download tu seperti dibawah.

step5 : Right click dan pilih 'save to download folder'

it will be downloading right away.. sekian :D

p/s : thanks to adik junior yang mengajar!!