si cantek & kachak ;)

Tuesday, November 29, 2011

kawan UiTM

assalamualaikum..

yeah, aku ni antisosial, kat uitm ni kawan ngan perempuan je, budak laki pun cuma bebudak kelas je, kawan perempuan pun budak kelas ngan budak hostel je, kenal orang punn susah, dengar orang gossip gossip sebut nama budak tu, budak ni, memang haramlah aku nak kenal, orang upk, jpk aku kenal 2-3 ketul je waima aku duduk hostel dah 5 sem.

senang cite, aku tak berapa minat saja-saja nak tau hal orang yang aku tak kenal, yelah, diorang pun bukan kesah nak tau hal aku kan.

kat sini aku ada dua side kawan, which are kawan kelas dan kawan hostel. disebabkan, kawan kawan hostel aku tak sama course ngan aku, macam orang lain yang always stick together sebab sama course kelas juga hostel, so aku mesra(err) ngan both kawan kelas dan kawan hostel, macam orang ada dua bini, adil dan saksama(err errrr).

bila masa kelas, yeah, mestilah pergi ngan kawan kelas kan, balik kelas pergi makan sama, borak borak pasal semua benda. then bila balik hostel, jumpa kawan kawan hostel pulak, lepak sesama, tengok movie sesama.

okay, actually aku spend more time with kawan kawan hostel la kan, sebab jumpa diorang day and night tak macam kawan kelas yang jumpa time kelas je. kalau bawak balik rumah pun, setakat ni, aku pernah bawak kawan hostel je. dan sedara tanya, 'satu course ke?', yup tu soklan wajib.

but still, tak kira la kawan hostel ke, kawan kelas ke, aku rasa they can be called as bestfriends even if i think i dont have any before. masing masing dah besar kan, be profesional in facing problems is important. love my friends ;)

Saturday, November 26, 2011

salam ma'al hijrah 1433H

assalamualaikum.

credit to pakcik google


salam ma'al hijrah buat semua muslimin dan muslimat yang masih diberi peluang untuk hidup di tahun baru ini, semoga kita dapat berhijrah dari miskin ke kaya, dari sakit ke sihat, dari kurus ke gemuk, eh, gemuk ke kurus, dari bebal ke bijak, dari malas ke rajin, pokoknya, dari buruk ke baik lah!

orang selalu sebok nak pasang azam baru bila masuk tahun baru masihi, tapi aku nak buat azam baru untuk tahun baru hijrah kali ni. lagipun aku dah start semester baru. maka, aku berazam untuk ;

-tak tinggal solat lima waktu, serta ganti solat2 yang tertinggal.
-baca ayat Quran, at least 2 ayat setiap hari.
-tak ponteng kelas tanpa sebab.
-kurangkan makan(hopefully)
-rajin belajar(hopefully)
-berfikir dengan betul sebelum buat apa-apa keputusan lepas ni.

dan banyak lagi sebenarnya, tapi slowly la der -,- harap-harap, Allah permudahkan urusan aku tahun ini, kuatkan iman aku, lindungi aku dari hasutan syaitan yang direjam, amin ;)

Sunday, November 13, 2011

jadi adik(untuk paradik. para adik*)

assalamualaikum.

ramai orang yang bukan adik akan berfikir begini..

-bestkan jadi adik?
-wah, mesti manjakan jadi adik?
-mesti nak apa-apa pon dapat kan?
-kan? kan? kan?

okay, walaupun sebagai seorang adik yang mithali, aku rasa jadi adik memang tak best ahhhh!! sebab...

-kau akan dibuli kakak dan abang for sure!
-kau akan dipinggirkan mereka(masa kecil, sebab diorang rasa diorang dah besar)
-kau akan dibiarkan rasa keseorangan di dunia ni(okay, ni komik)
-kau akan disuruh sesuka hati walaupun hati kau tak suka. erk.

tapi sebenarnya, mereka takkan sekejam tu all da time sebab...

-bila keluar dengan kakak-kakak(yang dah bekerja for sure), you'll never spend your own money, tak kesah lah diorang guna 'gores dan menang' ke, cash ke, debit ke, yang penting diorang bayar. that's just awesome!!

p/s ; just gives and takes je dengan mereka, do something for a price ;)

Wednesday, November 9, 2011

wordless wednesday (video matlutfi90)


p/s; mamat ni gila sempoi, buat mimik muka mintak tampaq manja tol! yes, aku kipas susah mati dia dah lama dahh!! ;D

Wednesday, November 2, 2011

wordless Wednesday (childhood)

abang sedara, abang, kakak sedara dan aku :D
p/s : nampak sangat malas bebenor nak update =.=