si cantek & kachak ;)

Tuesday, October 25, 2011

al-kisah si pembuli

Assalamualaikum.

al-kisah tersebutlah kisah seorang usu yang perlu menjaga anak-anak saudaranya setiap petang hingga ke waktu tidur, taib. okay, tugasan aku sepanjang cuti ni adalah, ambil twins dari nursery(jam 6), bagi makan, tengok diorang main, mandikan, siapkan susu-susu diorang, tengok diorang main lagi. sebab ibu diorang balik petang yang amat.

beberapa hari ni, angah aku pergi bangkok, urusan kerja, anak-anak dia si huzaifah dan nadia tinggal kat umah uda, ma aku jaga. and lately, twins pulak, terutama rania suka buli nadia, kesian budak tu. aku tak tahu lah, lepas aku cakap dia good girl hari tu, sekarang dia jadi sangat aggressive. stress sekejap aku ni. 

aku perhatikan, twins balik dari nursery je, beberapa minit kemudian.... nadia dah terjerit bagai, melarikan diri dari twins. FYI, nadia ni halus je budaknya, bukan makhluk halus, tetapi kecik orangnya, walaupun dah 2 tahun lebih umur dia, tapi kalau korang tak pernah tengok dia, dan dengar suara dia, mesti korang tak terfikir yang dia tu kecik. tak macam aku, suara sebesar badan ~_~

okay, back to the story, antara rania dengan rayyan ni, rania la yang paling...(aku tak tau nak discribe macane), dia yang aim nadia gila-gila, pantang orang tu leka, dia rampas pacifier nadia, campak jejauh, aduh, aku tak tahu la apa dendam kesumat dia kat orang tu tah. rayyan kadang-kadang je masuk campur dan buli bersama. dan aku tengok, nadia agak baik lah dengan rayyan sebab orang tu tak buli dia macam rania.

rayyan dengan rania pun tak kurang juga buli sesama sendiri, contoh, rayyan tarik rambut rania, cubit rania, tarik baju rania sambil berlari, rania pula, cekau muka rayyan, semua bahagian badan rayyan pun dia boleh gigit, tangan, kaki, perut, belakang(konon peluk dari belakang sambil membonceng motor menan diorang), seram juga lah aku tengok bila diorang ni bercekau. 

nadia dengan rayyan kalau kena marah sikit terus melalak, merajuk, merengek. tak macam rania, muka maintain tak bersalah sambil tangan masih berjalan mencekau etc. series, muka sangat cool, like nothing happen! 

ini lah ketua yakuza kecil, lihatlah dunia, betapa ganasnya beliau.
mamat tu sedih sebab rania peluk dia dari belakang, fobia. dan nadia.

p/s ; untuk anak-anak sedaraku, kalau korang baca bila dah besar nanti, jangan marah pula, bersyukur lah ada orang macam usu ni nak mendokumentarikan kisah korang :)



Sunday, October 23, 2011

apple crumble tanpa pastri

assalamualaikum. 

dah lama tak ber'baking', tetibe aku menjadi rajin tak terhingga malam ni untuk mem'baking' sesuatu. padahal bukan susah pun sampai nak jadi rajin tak terhingga bagai. kuantiti bahan-bahan, aku ikot suka hati je, tapi kalau nak tepat, boleh guna 5 biji epal, 3/4 cawan gula perang, 4 cawan tepung, 250g butter bahagi 2 :D

epal dipotong dadu, masak dalam kuali dengan gula melaka(patutnya brown sugar, tapi sebab takde, apa yang hade jela). biarkan ia sebati dalam kuali tu(10minit) sambil ramas-ramas tepung gandum dengan butter sampai jadi macam serbuk roti(bread crumbs), letak garam sikit. 

dah siap ramas-ramas tepung, masukkan epal yang dah dimasak dengan gula tu ke dalam bekas pembakar, taburkan tepung yang dah macam serbuk roti tu dibahagian atas sampai tertutup semua epal dalam bekas pembakar. ratakan dan jangan tekan atau mampatkan. bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah C selama 30 minit.



boleh dimakan dengan ice cream

see, campak campak campak, dah jadi, bahan pun tak banyak ;)

p/s ; tetibe dah macam rancangan masak-masak pulak -_-"

Thursday, October 13, 2011

my current attention.

assalamualaikum.

here i am, once again, nak cerita pasal 'perilaku' atau bahasa penjajahnya, 'behavior' the twin. who the h*ll are they??(amboi, kasarnya bahasa), nahhh tengok!!

Rania & Rayyan

okay, jangan kasar-kasar dah, the twin is budak kecik dua orang ni, bukan orang besar. macam-macam perilaku diorang ni, ada yang buat aku gelak, ada yang buat aku jerit(time tu ada aku kesah korang bebudak ke apa), tapi aku takde la pukul or maki(ishh ishh ishh, tak patut tak patut), anak orang weh, diorang luka sebab terjatuh atau sendiri cari pasal pon aku dah gabra takut mok pok diorang fikir apa(ni kat semua anak-anak sedaraku). tapi setakat acah-acah nak babap or cubit tu sering sekali (you mess with wrong person, ecehh). tapi tetap, tak makan saman(habeslah kalau ibu dia baca ni, lalala).

Rania, dia paling suka bukak diaper dia when ever we are't kept our eyes on her, and because of that, ibu dia pakaikan, safety pin on her diaper(padan muka. haha), so, tak dapatlah dia bukak lagi, but, ia tak habis disitu, lepas tu dia bukak seluar or panties dia pulak, when ever she out of our sight too! this one can't help, just bebel-bebel and put it back on. out off all, she is a nice girl, manja and pretty rough unlike other girls.

Rayyan, he's a lil bit 'spoil'(i'm dead again but haha), he'll cry when ever he did't get anything he want. i'm not kind of 'okay baby, you can get whatever you want, kucikucikuci baby(with smile face all da time)', so i'm just being me and said 'no, takboleh!' that's all, but his acted was like i was pinched or babap him. so drama king. his mood is so unpredictable -,- and out off all, he is a hati batik kid that i've ever know.

Rania and Rayyan are pretty good in making things together, especially in making mess. what are funny about them is, bila aku or sesapa marah one of them, the other one will slap or pulling hair yang kena marah tu, i don't know was it because of helping orang yang marah or orang yang dimarah. ibu diorang cakap 'maybe lepas tu diorang high five and cakap thanks for helping me from getting scold little more longer sis/bro', okay, that was 'imaginasi liar' ibu diorang lah.

tengok aku meniarap depan lappy, sebok ler jugak.


p/s ; but still, i love them, i mean ALL of them, my nephews and nieces, just because i'm staying with this twin now, so they are my current attention ;)

Sunday, October 9, 2011

cuti semester sinonim dengan anak buah

assalamualaikum.

hikhik. lama gila tak update blog, sedikit sibuk ditambah dengan takde apa-apa cerita menarik nak dikongsi. baiklah, sekarang aku dan budak course aku baru mula cuti semester sedangkan budak course lain ada yang dah dua minggu lebih bercuti, was't that a 'bit' unfair? takpelah, benda dah lepas malas nak ungkit ;)

bila cuti semester, korang selalunya buat apa? ada yang berkerja, berfoya-foya, menghabihkan boreh, jadi surirumahtangga sepenuh masa dan lain-lain kan? okay, aku pula tak lain dan tak bukan, duduk rumah merenung masa depan, eceh! :D selain tu, kena jaga anak buah-buah. ngeee~

jarang-jarang jumpa diorang, tapi bila sesekali tengok gelagat diorang, patut gelak besar-besar. mana taknya, si Huzaifah yang lima tahun tu boleh merajuk dengan aku macam orang besar sebab aku taknak bukakkan tin biskut untuk dia, bila dia nak bawak pegi dapur, aku cakap lah 'meh la sini' dia boleh balas 'takyahlah', aku cakap sekali lagi, 'meh la sini, usu bukakkan', dia balas lagi 'takyah' terus menonong pergi dapur. aku tetiba rasa bersalah.

then Huzaifah datang balik dari dapur dengan tin biskut yang dah dibuka, dia buat muka sambil cakap dekat aku 'usu taknak bukakkan kan? huzaif dah suruh ibu bukakkan pon.' ceh, pandai la kau, aku rasa nak gelak pon ada, lepastu masa dia nak balik, aku hantar sampai kereta, mama dia tanya 'huzaif marah usu lagi ke?' dia jawab, 'marah' dengan nada suara tak boleh blah, pastu mama dia cakap lagi 'mintak maaf kat usu cepat!' dia boleh rilek gila sambil reply 'insyAllah'. haha, budak, budak.

budak-budak sekarang ni makin bijak kan? penat nak melayan. ni kisah si Rayyan kembar si Rania, aku dengan ma aku nak ajar dia sebut ibu, aku sebut la 'iiibuuu' dia pon '...........bapak' kitorang dah tergelak-gelak. berapa punya jauh la bunyi ibu dengan bapak tu, pastu ma aku cuba, 'buuu' dia lagi 'pakkk'. lagi sekali pecah perot. haha.

tengok mamat ni camwhore tanpa bimbingan orang dewasa

p/s; cuti sem ni, mesti lagi banyak pe'el diorang kan. mampu ko nak layan? adehhh.