si cantek & kachak ;)

Wednesday, December 28, 2011

nama saya....

assalamualaikum..



hey korang, nama saya Amanina binti Mohtar, kawan panggil saya aman, femli panggil saya dekna, sedara-mara panggil saya nina, anak-anak buah panggil saya oshu(err). ok dah cukup, aku kali ni nak cerita pasal nama orang, tu aje.

nama sangat penting dalam kewuujudan kita, sampai ada pepatah 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama', nama memberi kita identiti, nama juga menggambarkan personaliti(mungkin). dan selalunya melalui nama, kita boleh menentukan agama juga bangsa seseorang.

ada nama yang ada makna, ada nama yang takde makna, ada yang namanya panjang, ada yang namanya pendek(abjad banyak dan tidak banyak, sila jangan lurus bendul), ada yang namanya sedap, ada yang namanya pelik(cover word), ada yang senang sebut, ada yang belit-belit tapi sedap(cover lagi), dan macam-macam jenis nama lagi.

jadi, salah siapa? baiklah, jangan salahkan sesiapa, bersyukurlah sebab ada nama. aku cuma pelik bila nama orang tu panjang-panjang, lagi panjang dari nama bapak dia, tapi panggil pendek gila, kalau boleh, nak sebut satu abjad je, apakah?



mungkin sebab nama ni boleh membentuk karekter, maka ibu bapa kalau boleh nak letak satu perenggan nama untuk anak mereka(err), tapi tak salah kot(aku tak rajin pula nak kaji hukumnya), sekurang-kurangnya, kalau nama anak tu ada 4 perkataan, boleh panggil satu hari satu nama.

p/s ; maaf jika ada yang terasa, tapi ini realitinya, seperti biasa, gambar dari pakcik Google ;)

Sunday, December 25, 2011

perasaan telegram

assalamualaikum..





(aku nak skip bab pendahuluan dan isi penting)  bila sepatutnya aku rasa sedih(something like that), its only came 2-3days after something happen, here is an example, kalau hamster aku mati, aku akan sedih beberapa hari kemudian, not at the moment actually, get the picture? that's why it is telegram's feeling. 


p/s ; pictures by uncle Google ;)


Sunday, December 18, 2011

bila aku taktau nak post apa....

assalamualaikum.

seperti biasa, bila takda apa-apa yang best nak dikongsi bersama disini, aku akan mengepost apa-apa yang aku suka, tak kira repekan, rekaan atau apa-apa saja. *berapa banyak 'apa-apa' daaa.

even masa menaip ni pun aku tengah berfikir, 'apa nak post ni? apa nak post ni? apa...' *pangg tampar diri sendiri* ouh, btw(terus ingat), jumaat lepas aku ada ikot rombongan pergi tempat orang yang homeless, the location is nearby with masjid jamek, kitorang pergi under kelab kaunseling uitm, even though kitorang bukan ahli, kitorang ikot je ;)

semua yang pergi adalah student perempuan, hell yeahh, heaven gila duduk dalam bas tayah nak cover tidur bagai *as if. pergi balik hari, and ada sebab kenapa aku tak balik rumah akak aku je dah alang-alang turun kl tu, sebabnya hari sabtu ada gotong royong dekat kolej aku, dan kehadiran amat penting untuk menjamin kependapatan kolej untuk aku pada sem depan.

berbalik kepada cerita, so, dah alang-alang tempat tu dekat je dengan masjed jamek, kitorang tak lepaskan peluang pergi jalan masjid india untuk shopping, certainly not me sebab saving, ceh.. first of all, we having lunch at burger king before going to masjid india. kawan-kawan aku ni kemain lagi, beli baju, beg, tudung, woah, who does't know, GIRLS, hehe.

kami diberikan limit masa, so, we were rushed to get what we want. and, as times ended, kitorang naik bas dan meninggalkan kota Kuala Lumpur. sampai segamat pun maghrib, balik bilik, super lepak. but i really had a wonderful time with my classmates.



p/s; ouh, most of em' is my classmates ;)

Monday, December 12, 2011

Larva animation kinda awesome!

2 watak utama, si kuning selalu lebih bernasib baik dari si merah

siri animasi dari korea, sangat awesome, setiap video animasinya akan berdurasi dua minit dan ke bawah, tidak berdialog. mungkin tak ramai sangat yang tahu. aku pun kawan aku yang ajar tengok. *tengok pun nak kena ajar -_-"

bila orang dengar nama larva je, mostly akan rasa geli, tapi percayalah, larva animation ni sangat kiut dan kelakar.  meh layan satu episode yang aku suka ;)


the rest, korang bolehlah cari dekat Youtube, tengok sampai lebam ;)

Friday, December 9, 2011

mengada

assalamualaikum.

lately ni aku rasa citarasa aku mengada gila! like seriously, for some reason aku rasa annoyed with certain things. such as;

-cerita melayu yang tah pape, cerita omputeh yang mengarut, cerita cerita sampah.

-lagu-lagu yang mengarut.

-orang yang taksub with anything.

and bla bla bla... tah, bajet macam aku ni bagus la nak tak suka apa yang kononnya tak best bagi aku kan? this is what i feel for now -_-"

Thursday, December 1, 2011

my childhood

assalamualaikum....

masa kecik, mesti banyak benda yang korang ingat sampai sekarang.. unless korang hilang ingatan o_O

masa kecik, mak aku cakap 'masa makan jangan beralih alih tempat, nanti banyak laki' tapi yang aku dengar 'nanti banyak kaki' so aku takut sangat and stay satu tempat sampai habis makan, kalau la aku tau banyak laki, tak lah kesah sangat, best la jugak kan, dari banyak kaki, pehh, pelik -,-

masa kecik, aku dengar orang cakap bab*, aku tak tau benda tu salah, so aku sebut sebut sesuka hati, dan bila abah aku dengar, dia cepuk mulut aku. lepas tu, aku tak sebut sampai kesudah, sampai mak aku tanya 'b a b *(mengeja) bunyi dia apa dik?' dan jawab aku 'taktau' padahal tahu tapi takut -,-

masa kecik, aku kuat bertandang dekat rumah jiran aku, anak anak ibu dan ayah angkat aku ni lebih kurang baya aku, tu yang seronok je aku berumah dekat rumah diorang entah diorang suka entah tak(tak malu kan?), mak aku selalu panggil aku balik sebab dah tak ingat rumah sendiri walhal rumah kitorang sebelah menyebelah -,-

masa kecik, aku pernah menyorok kat belakang pintu bilik sampai berpeluh peluh sebab taknak jumpa orang yang aku tak suka bila dia datang rumah aku, padahal boleh je tutup pintu pasang kipas lepak-lepak atas katil -,-

masa kecik, bibir bawah belah kiri aku pernah berlubang sebab terhentak dekat besi pemegang jongkat jongkit dekat taman permainan kawasan perumahan aku, kena 3 jahitan, makan roti cicah horlicks je lepas tu. bahana sebab pergi taman tak bagitahu mak -,-

masa kecik, cikgu darjah satu aku tak suka aku, tapi aku tak ingat kenapa -,-

masa kecik, uda aku ada lukiskan satu kartun budak perempuan pakai tudung comel, dia cakap tu aku, tapi aku menangis dan koyak koyak lukisan tu sebab aku rasa dia macam perli aku je -,-

masa kecik, bila aku nangis, mak aku tak bagi diam, dan aku terus diam, dia cakap aku melawan, tapi sebenarnya aku terfikir 'sampai bila aku nak menangis kalau mak tak bagi diam ni?'. dan ada sorang cikgu tu jadi anak murid mak aku dan aplikasikan cara mak aku kat anak murid dia and its working -,-

masa kecik, aku tak pandai bergaul, bila ada orang datang ajak aku main, aku menyorok belakang abah aku, ada sekali tu, aku menyorok belakang abah, dia terkentut, like seriously -,-

masa kecik, aku pernah kena langgar dengan basikal dan tergolek golek macam dalam cerita hindustan tu, kening aku luka dan berparut sampai sekarang -,-

masa kecik, aku ada penyakit, dan mak abah aku bawak berubat, aku ingat apa orang tu cakap, 'budak budak yang datang berubat dengan saya, insyaAllah lepas ni berisi' lebih kurang camtu lah ayat dia dan terbukti -,-

masa kecik, macam macam benda berlaku, bila dah besar, semua orang teringin kembali ke 'masa kecik' ;)