si cantek & kachak ;)

Sunday, June 12, 2011

Berjaya Times Square for certain reasons ;)

assalamualaikum.

hye guys, hari ni aku keluar lagi ngan memember pegi BTS pulak, memang niat keluar nak pergi shopping dan tengok movie. sesampai je kat BTS nun, aku dengan konfiden jalan konon menuju GCS terlebih dahulu untuk mendapatkan tiket movie, cerita yang kitorang pilih adalah 'KL Gangster', eh, before that, kitorang sesat! yeah, sesat yea, even dah bepuluh kali gak ler turun BTS tu, tapi sebab malas ngapal jalan, aku redah jelaaaa. lepas dah jumpa lokasi cinema dan membeli tiket, kitorang menuju pulak ke wendy's, untuk makang makang.

menu kat wendy's

3 orang je makan, sorang lagi nak carik nasi katanye

yang makan fries tu ler. HEHE

aku dan atingaaa(fatin)



lepas makan kat wendy's kitorang mulakan sesi pengaliran wang keatas barang barang yang kitorang terbekenan, macam macam oooow nak beli, memang parah la. lepastu kitorang singgah tuttu frutti untuk mencuba rasa(pestime) malu*

original, mango and kiwi flavor, i love yougurt !!


budak budak hyper , roz dan ayien
lepas dah makan dan posing begambar, kitorang terus gerak kat cinema, beli popcorn dan tunggu seating untuk movie kitorang, btw, aku suka cerita KL Gangster ni sebab ada Aaron Aziz, Adi Putra, dan Zizan. meh la aku buat preview sekali :D

preview KL GANGSTER ;



malek(Aaron Aziz), bekas taiko merangkap shareholder kumpulan gangster besar kat KL, anak tiri kepada king(partner malek) iaitu shark(Shamsol Yusuf) penah mengencing beliau sehingga beliau termasuk perangkap dan dipenjarakan selama 5 tahun.

alkisah, lepas 5 tahun tu, si malek ni keluar dari penjara, dia dah taknak buat kerja kerja macam tu lagi, tapi gangster gangster tetap cari dia, especially shark, apa yang tak puas hati sangat aku pon tak paham. btw, watak zizan sebagai fadil dan kawan diorang(taktau nama) sebagai ajib sangat mengahurukan suasana sebab diorang ni kelakar habis! and the rest, korang boleh pergi tengok sendiri, it was't perfect but it was awesome guys !!

p/s : sume tempat makan, budak ayien ni yang teringin nak pegi, aku sebagai sister fairy, tolong la tunaikan. teheeee. and last but not least, i LOVE u Aaron Aziz !! HEHE.

Saturday, June 11, 2011

berjimba dengan duit.....(rahasia kerajaan langit)

assalamualaikum.

hye guys, petang jumaat ni, aku ngan memember yang menginap same kat rumah kakak aku keluar berjimba a.k.a berfoya foya tahap awal(bukan luar tabii lah maksudnya), kalau keluar ngan member memang tak hingat dunia kan ? tak ? ke aku je yang rasa camtu ? hah, pedulik ape, yang penting kitorang tak kacau orang :)

sedikit(ke??) moments yang telah dibekukan(gambar) untuk tatapan semua, ecece..















sampai midvalley, terus menuju domino's pizza, isi perut, pastu dah kenyang, jalan jalan lak menuju puncak, yaitu cinema, beli tiket untuk cerita karak, not bad lah ceritanye sebab buat kitorang jerit jerit macam naik roller coaster! then lepas abes menonton tu, ingat nak buat second round, tapi tak jadik, sebab nak sambung esoknye. teheee.

lepas tu, kitorang window shopping before berenti menala baskin robin pula, duduk duduk, lepas lelah, ingat bekebun je ke penat, mengukur midvalley tu pun penat gak. banyak gak la tempat yang kitorang tuju, last but not least before balik, kitorang dinner kat popeyes, then balik sebab banyak kedai dah tutup :D betul tak ingat dunia punya bejalan !!

p/s : best moment with fellow friends eva lah today :) and jumpa few celebrities which are, musthafa kamal and sharifah zarina with their family, and two of my friends jumpa fizow omar, kemain eksaited lagi mereka ni sebab mamat tu hemmmsemmm sangat kabonya. ush rugi tak nampak ke aku, kalau tak....., ada aku kesahkan ? HAHA.

ooouh bye ;)