si cantek & kachak ;)

Wednesday, December 19, 2012

its been awhile..

Assalamualaikum..

Taktahu siapa la nak baca blog aku ni kan, dah lama gila aku tak hapdet apa-apa dalam ni, sampai aku dah lupa macamane nak buang lagu yang ada kat blog ni *nangis*

Bukan calang-calang punya lama aku tak hapdet apa-apa post, masa semester akhir haritu lansung aku tak post apa-apa, enam bulan kot, bukan setakat berhabuk, berdaki, berkerak semua dah blog ni *sadis*

Lagipun masa sem akhir haritu, kitorang memang busy tak hingat, tidur tak sempat, mandi bila perlu, makan.. err.. makan mana boleh lupa, tengok running man pun sama :) tapi, apa yang nak dikatakan, aku memang takda nafsu lansung nak hadap blog ni, betul!

Sekarang, Alhamdulillah pengajian peringkat diploma aku dah habis, result dah keluar, walau tak cemerlang macam kengkawan, at least aku lepas semua, takyah nak balik Segamat dah *ehh, kecuali nak buat clearance nanti*

Dah lebih sebulan cuti, memula duk rumah uda, lepastu balik Johor duk rumah along, pastu balik kampung, pastu pergi rumah along balik, pastu datang KL duduk rumah angah sampai sekarang, memang agak ber'nomad' lah kehidupan aku sekarang ni.

Sekarang tengah buat part-time lipat lempeng durian(durian crepes) tolong angah sekaligus menjaga kebajikan kepada business durian crepes tersebut, boleh lah buat duit poket walau tak mewah macam kengkawan yang bekerja kat opis :)

Sekian berita tak penting dari saya, salam :)

Friday, November 9, 2012

Simple tutorial cemana nak donlod video.. :D

yang ni nak download running man..

step1 : pergi kat kshownet

step2 : klik kat episode yang nak di download tu, klik each Part and copy the exact URL

step3 : open new tab link ni ---> savevideo

step4 : paste URL video yang hendak di download tu seperti dibawah.

step5 : Right click dan pilih 'save to download folder'

it will be downloading right away.. sekian :D

p/s : thanks to adik junior yang mengajar!!

Thursday, May 24, 2012

it's seems more like diary nowadays, sorry :D

assalamualaikum..

hye hoy hoy hoyy, it's been almost a week for my semester break, okay my -,- Alhamdulillah everything went well, i think and i hope ;)

cuti akan berlanjutan dalam kadar lebih kurang 2 minggu saja lagi, wow, lepas ni jumpa uitm balik, syuke shuke schuke -,-

dan wow, semester terakhir untuk diploma akan tiba tak lama lagi, sudahkah rakan-rakan bersedia? assignment dan pelbagai final project akan menanti kita dengan tidak sabarnya.

harap-harap mood intersesi masih melekat dalam jiwa ini. sebab rajin taktahu nak cakap masa intersesi haritu, balik kelas je buat homwek, taktahu nak cakap kan? macam 'aman, aman ke ni?' no kidding ;D

but one little tiny problem is, semua subjek adalah subjek membaca untuk semester akhir ni, i need to be more like bookworm or something >..<

i am a bookworm, but for non-educational books certainly :D

btw, i'm just turned 21 on couple weeks ago, so yea, i'm an adult now ;) thanks for those who wished me on FB, CALL and SMS, thanks to my roomates, ainnur, faten(longest rumet in history) and mida(shortest rumet in memory), who celebrate my birthday, bought me a cute cake. jeongmal gumawo :D


lepas my birthday je, kami menduduki peperiksaan akhir untuk intersesi, in about a week, then kami pun pulang ke rumah memasing ;) bermulalah cuti kami yang 'happening' giler =..=

so, i'll try to catching you guys later up ;) salam

Friday, May 4, 2012

intersession is't that bad ;)

Assalamualaikum

long time no type :D

apa eh, aku tak tau ha nak cerita apa dah ni, usually aku cerita apa yang aku rasa menarik, ye, mungkin bagi aku je menarik, bagi korang idok, ye dak? :D

okay, sekarang ni adalah cuti semester untuk pelajar diploma Uitm, tapi aku tak cuti sebab amik semester pendek which is intersession. ye, budak-budak intersesi ni mostly are repeaters. ye, kami memang khilaf sebelum ni, dan kami dah insaf. maka, janganlah pandang rendah kepada kami ye :D

honestly aku rasa seronok lah study time orang ramai cuti ni, seriously. walaupun masa agak pendek, tapi study lebih focus dan bersungguh-sungguh. yelah, belajar dari kesilapan kan, rasa bodohlah kalau nak ulang balik kesilapan dulu kan? kan? *cepat setuju!

masa belajar untuk intersesi ni adalah selama 5 minggu, setiap hari isnin hingga jumaat kelas yang sama, sabtu dan ahad adalah cuti biasa. selepas 5 minggu, kami akan menduduki final untuk kursus yang kami ambil sepanjang tempoh tersebut.

nak kata menyesal tak belajar betui-betui tu, mesti lah ada kan? tapi tah lah, aku rasa mesti ada sesuatu disebalik semua benda ni kan, so, aku taklah nak meratap sangat ke hape, just follow the flow.

lagipun, kalau dok umah cuti lelama ni, tak menyenangkan perut family, tak guna gak. orang kata 'dekat bau tahi, jauh bau bunga' HEHE. *nampak na selalu tak menyenangkan perut plus usus orang je kerjenya

lagi satu, aku rasa macam tengah attend summer camp pun ada jugak ni, siap ada jumpa kawan baru ha, budak-budak dari kampus lain pun ada ni, boleh lah tambah-tambah kawan kat friend list fesbuk tu. peraturan pun tak ketat, isnin jumaat pergi kelas pun pakai baju biasa, malas nak gosok baju kurung ha :D

haritu bertekad tak nak balik selama 5 minggu intersesi ni, tapi, lepas tiga minggu dok sini, hati dicarik-carik untuk balik *tah betul tah idak penggunaan ayat tu = ="

maka kami pun baliklah, memandangkan cuti pada hari selasa bersamaan 1mei, kami pun menambah cuti sendiri dengan kelulusan lecturer pada hari isnin iaitu 30april kemarin.

rasanya takda siapa yang melepaskan peluang bercuti selama 4 hari berkenaan. sekarang, kami sedang membuat persediaan untuk menduduki final, doakan kami ye kawan-kawan :D

sekian...

p/s : aku pun taktau apa jenis penulisan yang aku buat nih = ="

Friday, April 6, 2012

mari membuat taufu pok!

assalamualaikum..

hai pembaca sekalian, bertemu lagi kita dalam rancangan 'Eh! Nak Masak Apa Hari Ni?', yeay! *nama rancangan yang tahpape :D

heeee, okaylah, aku dah lama tak masak taufu pok ni sebab malas, bukan apa, untuk membuatnya aku memerlukan tahap kesabaran dan keyakinan diri yang tinggi. *cehh

ia sejenis masakan cina, kakak(uda) aku yang ajar sebab dia tengok dekat tv, lepas tu aku jelah yang buat, mentang-mentang aku dah tau buat, dia order je = =" *adik yang baik..

okay mari kita mulakan dengan menyahbekukan udang dan menyiangkan nyie....


bahan terlampau asas untuk inti
-10 ekor udang
-2 ketul tahu telur
-2sudu besar tepung
inti taufu pok
-hancurkan tahu telur
-masukkan sebiji telur
-masukkan udang dah dipotong kecil
-masukkan bawang dan batang saleri dadu
-masukkan tepun dan kacau sebati
-letak garam secukup rasa
kulit taufu pok
-gunakan tahu diatas(tak tahu nama)
-gunting sikit
-terbalikkan macam stokin, eh, macam purse syiling(lebih sopan)
-jangan koyakkan terlampau besar
-sumbat inti tadi

goreng dalam minyak penuh

taraaa(presentation masih lemah) 

cicah dengan sebarang sos pasti layan, selamat mencuba ;)


 p/s : oh lupa, untuk bau yang enak, letakkan sesudu kecil minyak bijan ketika mengaulkan intinyie. dan, KUKU aku bukan kotor ye, tu aku pakai inai hitam, da tinggal cenonet kat kuku da ;D


Wednesday, March 28, 2012

Final part 5 Diploma je..

assalamualaikum..

dah lama gila tak membebel kat sini, bulan ni aku serta seluruh warga Uitm yang mengambil diploma sedang menghadapi FINAL paper untuk semester ini. itulah sebabnya pun aku tidak mengupdate sebarang entri T__T (alasan semata-mata)

tinggal lagi satu paper untuk aku dan rakan-rakan yang masih tercicir disini. dah rasa cam tak tahu nak study macana sebab ramai sangat dah balik membawa mood study kami semua >..<

tak tahu nak balik naik apa, nak balik mana, tak boleh ke stay sini je? hahaha, kidding. rumet-rumet aku pun dah selamat sampai kat rumah, beronok-ronok makan masakan emak(tu yang paling aku jeles!)

kami yang masih disini, kalau tak keluar memecahkan lemak berjalan menuju kedai makan, pastinya kami tidak makan, cuma melapik perut dengan apa-apa makanan segera, yang mana tidak berapa elok untuk kesihat-tan.

apa-apa pun, aku kena jugak fikir dan menguatkan semangat untuk last payyyper ni, please do study(more to begging myself) ;)

salam...

Sunday, March 4, 2012

lelaki dan wanita.

assalamualaikum..

kali ni nak cerita tentang perbezaan. bukan apa, selalu sangat orang bezakan, lelaki macam ni, perempuan macam tu, camni camtu camni camtu. haa. okay, kalau kura-kura sangat nak paham, meh aku tunjuk contoh..
.
.
.
.
.
.
.
.








semua gambar credit to google.


okay, dapat tak apa yang aku nak sampaikan sebenarnya, memang la ikot logik semua orang pun tahu yang wanita ni sangat complicated, tapi tak semua wanita yang complicated sangat sangat. tapi aku rasa, aku lebih cenderung kepada cara lelaki lah, normal tak aku? teheee.

Sunday, February 19, 2012

exclusive : tangan

Assalamualaikum..

aku tak post apa-apa entri setelah sekian lama, ye, agak lama la sebab last entri aku bulan januari, dan sekarang dah tengah nak masuk akhir bulan februari pun.

sebenarnya aku ada mengalami kemalangan kecil tengah bulan januari haritu, to be exact, on 15 january, tangan kiri aku patah, sebab utama jatuh(jatuh apa dirahsiakan, nak rasa manis, assumed as 'jatuh hati' je), aku kena duduk wad semalam sahaja, ditemani seorang rakan sekelas yang orang asik ingat dia kakak aku, comel betul :)

tangan aku disimen dari tapak tangan ke atas siku, dan aku diberi cuti sakit sebanyak 30 hari, wuhuuu, syurga rasanya(ayat yang selalu digunakan untuk mengambarkan keseronokan walaupun tak tau pun syurga tu macam mana), sejak itu aku banyak menyusahkan orang sekeliling *mengeluh

dengan perasaan bersalah, aku tetap gembira. paling rasa syurga bila duduk rumah tak perlu buat apa-apa selain makan tidur dan online. nak buat hampir semua benda perlukan kasih sayang orang sekeliling terutamanya emak, contohnya nak ikat rambut, pakai pakaian dan macam-macam lagi.

oleh sebab perlu menaip menggunakan satu tangan, aku terus takda hati nak mengepost sebarang entri yang kena banyak menaip, tapi entri pasal keluar merayap tu macam wajib post aje.

terima kasih diucapkan kepada semua famili dan rakan-rakan yang sangat mengambil berat pasal tangan aku, tanpa kalian siapalah aku tanpa tangan kiri aku buat semantara waktu itu, sekarang, simen di tangan aku pun dah dibuka. walaupun masih belum seratus peratus sembuh, aku dah boleh buat semua kerja sendiri.

masa baru masuk wad :D


p/s : walaupun rasa serba salah sebab banyak menyusahkan orang, aku rasa seronok dilayan seperti OKU.

Saturday, January 28, 2012

lembah suria klcc lagi?

assalamualaikum..

jumaat barusan, ct zack muncul depan rumah kakak aku, suroh aku sesiap, nak pergi klcc katanya, dia dengan adik serta abang tunggu aku sesiap then kami gerak ke ktm kepong sentral, letak kereta mereka disitu dan kami menaiki tren ke kl sentral, sampai saja kl sentral, kami menaiki lrt ke klcc pula. kami sangat rushing sebab abang mereka nak pergi solat jumaat.

before berjalan jalan mengelilingi klcc tu, kitorang memikirkan untuk makan terlebih dahulu. so, singgahlah kami ke nando's kat pintu masuk dari lrt tu.

ct zack carikkan untuk aku ;)

tekunkan beliau ;)

aina lagi tawaduk ;)
lepas makan, kami cari tempat solat, tetiba terjumpa kedai candylicious, omo omoo, masuk dalam tu, sangat heaven, rasa taknak keluar >..<




*gambar dari google, lupa nak snap sendiri sebab terkesima =..=

kedai candy impian ramai tapi the prices............ X_X teheeee..

after solat, we were straight to kinokuniya to use our vouchers, but only me who did buy few novels =..=


then we went home happily ever after, tammat ;)

p/s : i refused to take my own pictures sebab sangat selekeh ;)

Thursday, January 26, 2012

tangan yang sakit, perut sihat...

Assalamualaikum..(sila baca dengan nada seorang hos rancangan hiburan)

selalunya kalau setakat nak pergi Kinokuniya kat Klcc tu, aku boleh pergi sorang, tak payah nak susah-susahkan orang kampung mintak tolong hantar bagai. tapi sejak jadi OKU separuh masa ni, kena merintih-rintih lah nak pergi mana-mana.

maka, atas keterlanjuran akak-akak dan ma aku nak pergi bank berdekatan dengan klcc, aku pun diheret bersama ;)

sebelum tu, kami mengambil akak aku si uda di opis beliau, kawan-kawan dia yang kenal aku dan nampak tangan aku teros membebel 'ehh, baru jumpa aritu, jumpa lagi sekali tangan dah camni?' aku pun 'err.. errr..' should i say more *tiba2.

sebelum bergerak ke mercu tanda negara Malaysia, kami singgah lunch dan solat di Sooka Sentral terlebih dahulu.







diorang yang kebulur terus ingin mengerjakan makanan sebaik sahaja makanan tiba di meja, tetapi ditegah oleh aku kerana photographer makanan ini belum menjalankan tugasnya ;)

selapas solat, kami bergegas-gegas mencari jalan dengan bantuan GPS untuk ke ibu pejabat Ambank, selesai urusan kami ke KLcc Suria seperti yang digembar-gemburkan.

aku dan angah terus ke Kinokuniya seperti yang dirancang, manakala uda dan ma pergi minum-minum makan *amboi.

disebabkan agak ramai umat manusia dalam kinokuniya tersebut, aku menjadi serabut dan berniat untuk menggunakan hanya 1 voucer terlebih dahulu. siap suruh angah ambil apa-apa stationery untuk anak-anak dia, konon aku nak belanja. ngiyahaha *gelak orang kaya kot

tapi malangnya, aku tak bawa student I.D =..= maaf, angah yang membayar pula :D

sebelum pulang, sempat lagi aku menge'pau' angah macaroon yang sungguh enak ;)


sekian sahaja cerita aku :D


p/s ; aku memang obses dengan gambar makanan walaupun makan tak seberapa *yeke? ;)

Friday, January 13, 2012

ombak rindu ost covered by...

assalamualaikum.

aku yakin ramai dah dengar lagu ni 


tak payah nak cakap la dari cerita apa, semua pon dah tau..
bagi aku lagu ni memang best, sampai terhasilnya banyak cover.
yang tak best sampai yang lagi best dari lagu asal pun ada(orang kata)..




dan banyak lagi kat Youtube sana, pergilah cari. tapi aku tetap suka yang asal.