si cantek & kachak ;)

Monday, December 6, 2010

alahai tangan -_-"

memasak bubur untuk twin, tergolong dalam tugas harian(kerja bibik) sebab dah deal dengan uda bagi mendapatkan mystery gift as reward jika bersetuju melakukannya(ikhlas la kot) beberapa hari lepas, ketika menjalankan tugas specific seperti di atas, sebahagian kecil kulit tangan atau lebih fokus, jari manis tangan kanan aku terpercik dek lahar bubur yang tersangat lah panas, tak sempat la pulak nak pergi lalukan kat air paip atau buat apa yang patut, duk biar la camtu sahaja, keesokan hari, nah, hasilnya adalah seperti aku memakai batu delima kecil yang sedikit senget di jari manis tanpa sebentuk cincin(boleh bayang tak?) ha, maka, cacat sikit tona warna kat tangan kanan ni -_-'

tadi cerita tangan kanan, ni tangan kiri pula, seperti biasa(biasa jugak lah), hari ahad akan meluangkan masa untuk mengikut sesiapa pun keluar sama ada sekadar window shopping atau shopping benaran, so, sebagai bukan pemandu, adalah dimestikan aku sebagai pembuka dan penutup pagar rumah. masa pergi tiada kecederaan(alhamdulillah), masa pulang(nauzubillah) 'arghhhhh!!' aku terjerit dalam hati walau muka masih macho kerana tangan kiri tersepit pada selak pagar disebab selak pagar tu ketat sangat, check tangan, biru macam urat dah pecah kat dalam. alahai tangan -_-"

p/s ; careless sangat ke aku ini? atau sudah tersirat di luh mahfuz(err, betul ke?)



Saturday, December 4, 2010

repunzel movie 2010


ouh, cita-cita aku nak tengok cerita ni tercapai akhirnya, walau bukan yang 3D sebab da terlepas timingnya, tetap nak tengok waima yang biasa kerana jiwa dah memberontak nak tengok nak tengok! jadi, aku meminta penghantaran ke cinema bedekatan oleh kakakku(tesco je dan MBO cinema je, at least). membeli 2 tiket dewasa untuk aku dan seorang kanak kecil, ouh, silap perkiraan dan membazir RM5 disitu ye! siapa kanak kecil yang dimaksudkan? nadi huzaifah ben ten la. kali pertama bagi dia menonton wayang, sangat hebat ye, aku pun umur dah berbelas baru first time tengok wayang ok!(umur waktu itu dirahsiakan)

ouh baiklah, berbalik kepada ini movie, banyak kelainan dari cerita repunzel yang pernah kita tengok baca dan dengar dari kecil. sedikit perkongsian disini; repunzel memiliki kuasa(teka lah!) dan nenek yang kurung repunzel ni treat repunzel just like her own daughter even a bit mean sebab lansung tak bagi keluar dari that tower kan!

aku nak sesumpah(benatang yang leh menyamar) atas kepala repunzel tu!

p/s ; memang best lah! teserlah keperempuanan i taw! haha