si cantek & kachak ;)

Sunday, February 27, 2011

week of misery.

assalamualaikum.

pepatah ade mengatakan, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian, harap itu lah yang akan berlaku kepada sesiapa yang bersusah susah sekarang, termasuklah diri aku ni. actually, aku dah naik segan nak mintak duit akak and mak aku, so dengan pertolongan akak aku, aku apply ptptn, tapi proses sangat complicated rupe nye, just disebabkan a few thing, aku rase tak semangat dah nak mintak lagi, tapi aku nak mintak duit sape pulak lagi kan, so nak tanak kene lah settle kan jugak, caiyok!

lepas tuh, this week ade 3 test beserta 1 presentation yang menggerunkan, sumpah aku nak menanges, tapi pikir balik, tak gune lah nanges, bukan budak lagi, kene hadapi jugak semua ni, but still, i'm need some strength to do all the things ;) caiyok again! besides, i'm miss my mum, her cooking, my nephews and nieces, macam macam lagi larhhhh, padahal baru sebulan tak balik. heeeee~

p/s ; chiow, nak celebrate beday member ;)

Monday, February 21, 2011

facebook bukan tempat aku tambah kenalan!!

asalamualaikum..

cerita pasal fesbuk lah kan, korang mesti dah ramai kawan kat friend list korang tuh kan, tapi korang sure kenal ke semua kawan dalam friend list fesbuk korang tu? sure? bagus lah cenggitu. bukan ape, setiap orang lain lain pendapat, tapi bagi aku, kalau lah friends kat fesbuk aku tu sampai ribu riban pun, tapi tak kenal, tak penah na bertegor sape, what a waste, buat nyemak je kat news feed aku.

so, aku lebih kepada meng'approve' juga meng'add' mereka mereka yang aku kenal sahaje. jangan pula cakap aku bajet itu, bajet ini, orang add buat dunno je. aku pulak cepat bosan kalau bace status orang yang gebang tak tentu pasal, hemm, memang tak boleh blah.

macam bagus bukan aku cakap gitu? haha, nope, im not. cume nak tekan kan yang aku bukan memilih kawan, aku cume gunakan fesbuk untuk contact member member juga sedara mara yang sedia ade. anddd, aku akan approve anyone yang aku baru kenal dan ade potensi menjadi member aku, cuz best taw member ngan aku(jangan muntah pleasee, teheeee). siryesly, fesbuk bukan tempat aku tambah kenalan :)

p/s ; congrats to all my friends yang sure akan menyambung bachelor degree before me. huhu, jeles taw!

Friday, February 18, 2011

Hanis Zalikha coursemate juga collegemate aku! (jakun bukan)

assalamualaikum..

heeeee, sebenarnye lama dah nak citer, tapi takot korang cakap jakun ke hape kan, sekarang perIsetan kan semua itu. aku ceciter(pengaruh filem hantu kak limah la ni kan), cenggini citernye, since aku masuk uitm segamat ni, iaitu bersamaan akhir tahun 2009, baru lah aku tahu tentang hanis zalikha, mule mule tu tak kenal, tapi budak budak sini selalu dok citer sal kakak model kakak model(dia tua setaun dari aku), name hanis zalikha, setat dari situ, kami yang baru masuk ni terus lah menggunakan abang 'google' untuk menytalker beliau(sebab tu dia tersenarai top 6 google search 2010, aiceh), ye la, mane taknye, mesti sume yang baru tahu pun menghebohkan pada keluarga, teman teman juga rakan taulan(temasuk aku la tu)

okeh, berkat pertolongan abang 'google', kami mengenali paras rupa juga belog beliau. hehe, suke suke suke. selain itu(ha ni gempak sikit) aku dan rakan rakan rupe rupe nye satu kolej dengan beliau, hehe, suke suke suke lagi, bukan itu saja, bilik kami juge satu aras(tapi sayang, hanya untuk semester satu, tapi still same kolej till now ea). beliau disini pakai tudung, cantek cantek cantek. kalau tesermpak beliau, kami akan bisik bisik sesame sendiri, bukan ngumpat, tapi cakap 'uishh, cun arr kak hanis in person kann', kalau kami yang pompuan pon da ckp gitu, laki hape tah lagi kann?

ade sorang kawan aku ni siap cakap ' aku nak amik gambor ngan kak hanis tu before dia abes belajar kat sini, aku akan make it sure', hamik, pompuan yang cakap tuh. hehe, aku ni tak lah kot, segan mak, pandang aku pun tak penah kot(merendah diri macam kak hanis tu seorang mamat je) ape yang aku sangat salute, dia santek, pandai, dan tak sombong(bukan nak puji memuji, cumer hakikat). hidup hanis zalikha! aiceh ^_^

p/s ; tetibe nak terciter sal beliau pulak, sebab selalu tunggu beliau update belog beliau.. heeeee~

Tuesday, February 15, 2011

kekasih ALLAH

assalamualaikum.


sayu, sedih biler dengar selawat bertalu talu keatas nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W.
selamat menyambut maulidur rasul kepada semua umat islam :')

Friday, February 11, 2011

pernah tahu atau bace lawak kampus?

assalamualaikum.


pernah? pernah ke pernah? kalau tak pernah tu, korang ade fesbuk kan? korang pergi dekat sini , if dah jadi member tuh, pergi kat photos dia, korang akan jumpe banyak komiks strip, dan salah satunye, lawak kampus nih.

the latest one(pada waktu entri ini terhasil)

komik ni dah ade lapan yang dibukukan. ye, lapan, banyak kann? dan aku dah ade semua, bersyukur kepada tuhan ;) dalam banyak banyak komik strip yang dah ade kat pasaran sekarang ni, aku rase aku boleh digest yang ini sahaje buat mase ni. aku tak tahu cemane cara Keith Chong Kah Hwee(pelukis komik ni) berfikir, tapi penghasilan komik ni sangat 
kreatif, mengikuti isu semasa, dan genius, what else i can say, read yourself! sekian :)

Wednesday, February 9, 2011

sayang semuanya, sudah terlambat...

assalamualaikum.

sejak kebelakangan ni rase tatahu lah nak update hape dalam belog ni, jiwa kacau, hati tak tenteram, tensi, sedih, pilu, rindu, menci, dan semuanye tidak benar same sekali. teheeee~

okaih, tajuk entri kali ni memang takde kene mengene, jiwa memang sedikit tidak tenteram sejak dua menjak ni. aku tetibe rindu dekat semua orang yang aku kenal. especially femli aku yang techenta. rindu sangat sangat sangat, ma, adik miss ma! :'( hormon tak setabil gamaknye, kadang kadang(but most da time) ase nak nanges. aku jadi pasif(macam lah kepoh sangat before), aku jadi pemerhati, aku jadi bukan diri aku like before. i don't really know whats going on with me myself.

p/s ; really need someone to talk to, lend their shoulder for me to cry to, and sorry for my totally crap writting.

Saturday, February 5, 2011

pemersendaan terhadap Sony Ericsson Zylo W20 aku oleh anak buah!!

assalamualaikum..



nak cakap enset aku tebal lah, tade flash lah, gambar tak sharp plus a bit blur lah, hamboi hamboi, how dare! kalau aku bagi, berebot je nak tu, budak kecik zaman sekarang, bukan main lagi, kite dulu, orang len gune nokia 3310 pun dah cukop kagum taw! revolusi sunggoh!

ommo omo, get a life! sentap sekejap, eh, over emosi ngan anak buah sendiri pulak. tapi bile pikir balik, ade aku kesah? hehehe, diorang jeles sebenarnye tu. sebok gak nak maen game kat enset aku, kadang kadang puji jugak lah, cakap screen enset aku besar lah, cam touchscreen lah. watever!

p/s ; bersyukur sangat lah ude nak belikan, nan hado?(tataw maksud, tapi saje nak tuleh!), den bukan orang berado, hehe~

si embam, osu addicted to kiss ur cheeks ;)

'ape osu buat nih?'

'ummi, tolong ayra!'

'haa, tu ape osu?' ingat osu nak tengok ke?

'dah, pegi osu dari sini, sibok je!'

sume bende nak dicapai

'eheh, ummii :)' pantang nampak ummi dia!

'uhuk, ummi pegi mane tu?'
p/s ; ni anak along aku yang last(buat mase skrg kot. hehe) sorang je gegirl, yang laen sume abang abang. aku tanye ngan umi dia, aku nak geget sikit pipi budak ni boleh tak, tapi malangnya umi dia tak bagi, what a waste? hahaha, errr, kening dia memang begitu, time tidor je tak berkerot! ayra, oshu oredy miss u!! T_T

Friday, February 4, 2011

belajar bersyukur dan berfikir dalam membuat sesuatu!

assalamualaikum..

terkejut dengan tajuk entri kali ni? jangan nak terkejut sangat la, sebab kita memang patut sangat sangat sangat bersyukur dengan apa yang ALLAH dah kurniakan pada kita! apa yang ALLAH dah beri pada kita semuanya lengkap(walaupun tak sempurna), tak payah nak mengubah ape yang dah diberi. korang tengok lah sendiri apa yang aku maksudkan dekat sini!

yang korang tengok tu bukan seorang muslim(kalau muslim, memang #%^*, nauzubillah), so, tak payah nak kesah sangat lah, tapi pelik jugak lah, macam takde otak, muka dah kire hensem dah, tapi ape yang dia taksub sangat ngan anjing tah, sampai sanggup nak ubah kepale jadi macam kepale anjing! sumpah aku rase mual dan nak muntah lepas tengok gambar gambar tu, even tak menggelikan, tapi menjijikkan!

lagi satu, orang orang yang mengaku diorang islam ni, tak payah lah nak terikot sangat dengan orang bukan islam tu kann, orang botox, diorang pon nak berbotox, padahal, kalau angkat air wuduk banyak banyak, nescaye, muka pun jadi awet muda. adoiylaaa, nauzubillah!

p/s ; jimat-jimat lah duit rakyat! kikiki~

Wednesday, February 2, 2011

ignorance..

assalamualaikum..

memang sifat semula jadi manusia kan, bila kita susah dan rasa bersalah, baru kita nak menyesal dan ingat tuhan. dan memang betul, bila kita tak jaga hubungan kita dengan tuhan, hubungan sesama manusia pun akan terjejas. tapi bila kita rase menyesal, dan nak berubah, penyesalan tu hanye untuk beberapa hari, lepas tu, kembali ke care lame.

bukan nak bertazkirah, bukan nak berceramah, in fact, tak layak pon untuk buat tu semua, cuma nak berkongsi ape yang aku alami. rase diri macam melukut di tepi gantang, ade tak menambah, takde tak mengurang, bukan nak berperibahasa sangat pon, da peribahasa ni yang terlintas kat sel neuron aku sekarang ni.

tape, aku bukanlah orang penting untuk diambil pusing situasi diri, cuma berguna bila ade kepentingan pada mereka tertentu. tapi sedih kan bile rase tak diperlukan, tak diendahkan, tak diperdulikan. but, the bright side is, i'm aware where and what mistakes that i made.

p/s ; tu la, sape suroh endah tak endah je kewajipan atas diri sendiri(marah diri sendiri ni)! *paham paham sudeh.