si cantek & kachak ;)

Tuesday, November 30, 2010

kalau ber'couple'lan



bila dengar dan hayati lirik lagu ni, huuu, aku terfikir, sucinya sepasang couple yang  'Boleh pandang-pandang, Jangan pegang-pegang, Duduk renggang-renggang, Bertambah sayang'?? persoalan, berapa ramai sangat lah yang betul-betul ikut hukum kan, pegang tangan(at least la) dah macam kewajipan.

yang lain-lain tu err... tanya la diri sendiri, pernah buat apa dengan couple korang ha?(jawab dalam hati, jangan buat lagi!) bukan lah macam bagus nak 'nasihat' orang(konon kan?) cuma nak kongsi sikit dari sedikit ilmu di dada(paham? maksudnya, ilmu sendiri pun bukan la banyak, lagi-lagi ilmu agama!)  paling one utama, nak ingatkan diri sendiri, repent selagi ada masa kan. bak kata ustaz kat fesbuk tu, 'pegang tangan secara sengaja dengan bukan muhrim, tangan akan dibakar dengan api yang akan menghanguskan satu badan!!(sort of)' ok? faham? tangan je tu, ni kalau dah lebih-lebih? adoiyai.. tak tertanggung beb! wallahualam ;)


p/s ; so, nak mengelakkan dosa, mari la pakat kawen cepat-cepat! i loike <3 don't you? ahaks..

Monday, November 29, 2010

yummy salad !

siapa tak suka makan sayur? dush3x(tumbuk orang tu) sayur bagus untuk kesihatan tahu!(eceh) seriously aku memang suka makan hampir semua benda yang boleh dimakan dan halal, tersenarai juga sayur(kecuali yang pahit-pahit sangat example; pucuk betik), 'ouuh vegetable, my dish would not complete without you'  ); 

okay, tajuk entri pun dah 'yummy salad', so, obviously aku nak story-mory pasal salad kan! salad ni nama sebenar untuk sebuah menu, dan sayur yang korang panggil salad tu sebenarnya lettuce, tapi orang melayu dah officially pulak letak nama salad, so salad lah jadinya.(paham tak? ke belit-belit? errr..) 

 I
II

banyak lagi jenis-jenis lettuce ni, aku cuma highlight yang selalu aku makan je, dan kat bawah ni adalah antara actor dan actress(bahan-bahan) lain yang akan menjayakan sebuah filem(menu) bertajuk salad oleh director(creator); amanina mohtar;

 tomato cherry 
 dried cranberry 
 honey bee 
 chicken popcorn
 olive oil
lemon

sebut semua bahan-bahan di atas ala-ala jamie oliver cakap(british slang) 'just little bit olive oil, lemon juice and honey'  (sebut 'little' macam ni; li el) hehehe. seriously, adik-beradik aku, termasuk parents kami pun sesangat menyukai salad! selalu sangat salad ni jadi snack kami waktu lepak-lepak bersama. banyak lagi jenis salad yang kami suka buat dan makan, contoh; salad kentang, apple salad, salad itu, salad ini(hah, aku dah lupa).

haaaa dressing salad pun ada macam-macam cara dan bahan lain nak buat dia, tapi yang selalu guna yang kat atas tu lah(olive oil, lemon juice) dan kalau malas tahap gaban, guna je thousand island dressing, pun terangkat jugak! bagi yang tetap tak boleh terima salad seadanya, dah la, suka hati korang lah nak cuba ke tak! sekian, trimas ;)

p/s; tetap rasa yang kakak-kakak buat lagi sedap dari yang aku buat(orang buatkan kann)




Saturday, November 27, 2010

annoying = irritating

mesti ada benda yang korang tak suka dan rasa benda tu merimaskan kan? kann? walawey(tak tahu maksudnya, maaf kalau mencarot)! aku rimas kalau;

  • dengar budak melalak, memekak(macam mana la kalau anak sendiri nanti)
  • orang suka desak-desak(tapi aku? errr..)
  • orang membebel dekat aku(kalau aku salah pun, boleh cakap bebaik kan?)
  • disuruh-suruh(suka ikut kepala sendiri eh)
  • dengar orang 24/7 begayot dengan boypren!(ingat kau sorang je ada? huh)
  • kena kongkong dengan sesiapa waima suami(??).
  • orang penyepah, tapi tak sedarkan diri(bukan pengsan atau koma) boleh pulak cakap orang lain!
  • kena ganggu masa tidur(muka wajib macam nak telan orang)
  • dekat dengan orang berbau(tak suka dekat dengan diri sendiri gak kalau berbau)



kalau perangai aku yang irritating dan buat korang rasa annoying, sila-sila lah menegur dengan hati terbuka kerana aku akan menerima dengan berhemah(macam terbalik) ;)

novel graphic a.k.a comics

novel grafik pertama belian aku ;)

ever heard about gempak starz? they produce their own magazines, and novel graphic from local and oversea(translated), i'd start to read and collect since i was 16click here for more collection of mine. or try to click gempakstarz.com and you will find out what its all really about. me and my nephews sharing the same interest even i'm the only one who bought all the comics. but, i don't really care, as long they will take a good care of mine! caution! 

nak baca, baca la, tapi no renyuk-renyuk, no klepet-klepet, dan paling penting no koyak!(nahas ye sape yang koyakkan!) dah baca, letak kat tempatnya balik(dah sediakan boxes ok!)! kalau tak, jangan harap dapat baca lagi, nak baca, beli sendiri! bunyi macam kedekot kan? kann?(maybe) but i'm only takes precaution for my comics sake(membazir la kalau da beli banyak-banyak nak bagi orang rosakkan)! 

mungkin orang cakap, membazir lah, baik duit tu buat beli makanan. kan? i'm just cant' help it, it kind of addicted. at least i can keep it ;) even i have't talent to draw and create anything, i'm still enjoy to read this stuff! seriously! 

p/s ; lets share the interest ;)

Friday, November 26, 2010

you are so Delicious


ever heard bout this place? this restaurant kind new in malaysia i think(tak dikenal pasti sebaru mana). from distance, i though its a boutique, bila dah dekat, ouh, ramai makhluk tuhan sedang makan-makan dalam ni rupanya(err, nama pun delicious kot, mana mungkin boutique kan) sampai kena tunggu giliran to be seated. huuu, sedap sangat ke makanan kat sini? my thought asked again. sambil menunggu, pemandangan disajikan dengan desserts yang beratur dalam bekas kaca macam dekat muzium. mereka sangat gojes! i would love to taste each of them, as if! pastu pelayan datang ajak kami duduk(ceh). duduk lah kami sambil membelek-belek buku menu masing-masing dengan tekun dan jaya. lepas tu, ape lagi, order la! tadaaaa...


 mango, lychee & kaffir blast/ black forest shakes/ iced peach tea
 wild mushroom soup with garlic bread(sangat wild! grrrr~)
 carbonara speghettini(the beef bacon so impress)
 seriously delicious cheeseburger(nama sebenar)
chocolicious sundae

mereka diatas sangat pandai berposing! lagi menarik(kot), setiap meja ada lampu yang memang focus on each table, so we can snap every single dish with good brightness(sebenarnya untuk tampak elegant and romantic maybe, but who cares? heee~) sikit je? ni kitorang makan bertiga pun tak habis ok!

mereka dibawah hanya watak sampingan yang menjayakan babak makan-makan ;)

aku yang terlebih bulat sudah

uda dan angah si tukang belanja ;)

as i mention in this entry, keluar bersama mereka adalah antara perkara yang menyeronokkan bagi aku kerana rasa disayangi(watehel?) lepas tu, movie time, Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1. and the end.




p/s ; perasan perubahan? ada watermark dekat suma gambar makanan ok! hehe, tetiba jadi rajin. anyway, thanks for coming, and do come again. enjoy your meal ;)


Tuesday, November 23, 2010

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/amanmia ask me percuma ;)
tanya la apa-apa pun, aku akan cuba jawab dengan gigih dan tekun!

novel chenta

dulu, bila kawan-kawan baca novel tebal-tebal, especially novel chenta,  rasa macam 'errr, not my thing, comics is my only thing'. tapi, sejak dua tiga menjak ni, aku dah kemaruk baca dan cari novel-novel chenta. tu la orang cakap, jangan tunjuk sangat kalau tak suka! malu*. apa yang aku perasan tentang novel-novel yang aku baca, semua ada bercirikan;

  • heroin yang cantik, lawa, comel dan muda
  • heroin yang baik, tak tinggal solat even seksi atau tak pakai tudung(kan?)
  • hero yang handsome, dan charming.
  • heronya kaya, graduan luar negara(bijak pandai lah tu)
  • hero yang umur memang sesuai untuk cari teman hidup. 
  • kisah silam yang selalunya misteri!
  • kehadiran orang ketiga, keempat dalam perhubungan.


 its so typical and cliche! tapi, orang ramai memang suka benda yang cantik, lawa, hensem dan semua yang perfect, jadi, kalau takde tu semua, mungkin bosan kan cerita tu nanti? kan? kann? so, baca dan berangan lah dengan apa yang tersurat dalam novel tu! walau kebanyakan novel yang ada dipasaran mempunyai jalan cerita lebih kurang, dan moral cerita yang sama, tapi cara penyampaiannya berbeza dan cara penulis memainkan perasaan buatkan kita masih nak membaca.

novel chenta english pun lebih kurang sama, tapi lebih 'open' sebab memang budaya diorang ber'open-open' tentang semua perkara. maka, bacalah dengan hati yang bersih dan terbuka ;) banyak juga novel melayu yang  telah aku khatamkan. sampai dah bercampur-baur semua jalan cerita dalam kotak ingatan ni.


ini terbaek! tapi tak suka sambungannya!

p/s ; langkah terbaik untuk baca novel adalah dengan meminjam dari rakan-rakan yang hatinya baik :) beli sikit, pinjam yang lebih! sebab aku masih pengumpul novel grafik GEMPAKSTARZ yang setia. TRIMAS, ARIGATO, THANK YOU ;D


Monday, November 22, 2010

sepatutnya..

i was thinking that should be
during this semester break............
  • akan berbelog sakan!
  • akan bekerja dan menambah pendapatan!
  • akan pergi bersiar-siar bersama insan kesayangan!
  • akan kuruskan badan(jangan highlight sangat la kan!)

but... susah rupanya nak memenuhi impian!
sekian...


    Wednesday, November 17, 2010

    selamat hari raya haji, korban, dan eidul adha

    salam guys (",)
    selamat menyambut eidul adha bersama keluarga, rakan-rakan, mungkin juga kesorangan. moga kita sama-sama dapat meghayati kisah disebalik hari raya korban ini, amin~(make sure you guys already knew the history). raya haji tahun ni sangat berbeda, bukan saje tak beraya di johor, tapi menu untuk hari raya ni pun lain sesangat.

     selalunya, menu kewajipan adalah seperti, ketupat, rendang, lodeh, ayam masak merah, sambal kacang, dan lauk-lauk raya yang common. but today, we decided that we gonna eat nasi briyani and a simple dessert, which is custard trifle(you can google it). for sure nasi briyani ma yang masak, and bawang goreng made by uda lah, and custard trifle made by angah. aku pula buat hape? ouh, aku lah pengelear rumah yang bersepah lagi(lepas pindah haritu diorang tak habis kemas lagi, kerja kan? sigh*) then, lepas kemas-kemas dan kemas(macam la clean and clear sangat) aku adalah orang pertama yang merasmikan makanan dulu!

     ye, aku teruskan hasrat untuk makan tanpa menghiraukan alam sekeliling, ma siap berpantun bila aku cakap nak makan dulu, pantunnya berbunyi ; kong-kong kak, tempurung bulu-bulu, nasi belum masak, si pekung(sepatutnya si pekak, tapi suka hati dia je mengubah) makan dulu. aku bukan lah si pekung atau si pekak seperti diatas, sebab aku makan bila nasi dah masak :) lepas makan, mengemas dapur lak, -_-" banyak juga kerja aku ye. lepas tu, best part, tidur tanpa menghiraukan tetamu datang beraya, bukan orang datang nak jumpa aku pun. heheeee~

    nasi briyani ayam!

    tak sempat nak hamik pitcha trifle buatan angah, sebab aku bangun je dah selesai, sadakallah!

    p/s ; jangan tiru aksi ni dirumah(tidur bila orang datang, dan malas nak snap pitcha dan memuat naik sendiri, banyak kerja tu!) tak elok! haahaha~




    famous people

    hye guys ;)
    kenapa, bila, bagaimana, dimana seseorang tu boleh famous? hah, kenapa tetiba tanya soalan cepu cemas ni? takde lah, saja nak merungkai soalan yang takde orang nak tanya ;) pada pandangan aku, korang akan ada peluang untuk famous(dari sudut +positif) bila ;
    • muka korang cantik, cun, lawa, kacak, tampan dan sewaktu dengannya.
    • korang ada talent untuk menyanyi, berlakon, bermain musik dan setalent dengannya.
    • body korang lawa juga mengiurkan.(harus bagi selebriti) =_="
    • kaya, berduit, berharta dan sama makna dengannya.

    J.LO sebagai contoh mewakili pakej-pakej diatas 

    selebriti sememangnya famous melalui bakat disamping rupa yang sedap dipandang, sesetengah*, tapi ramai juga orang yang famous kat luar tu, disebabkan talent, melalui talent, mereka jadi kaya dan famous. aku tahu you guys yang membaca ni bijak bistari, juga begitu kerja keras(hardworkingso, you guys can find the examples for any talented, rich and famous people by google it, dontcha? atau hanya lupakan kerana tak masuk periksa kan? hehehe. siapa yang tak teringin nak famous kan? teringin ke aman? hahaha.satu ciri kat atas tu pun lansung takde, harapan je lah. 

    p/s ; jangan jadi famous sebab buat masalah sudah lah kan! peringatan untuk diri sendiri*

    Monday, November 15, 2010

    cuti-cuti semester

    yay!! cuti sudah bermula, ayuh berjumpa wahai tereman-tereman(teman-teman). walaupun dah seminggu lebih aku mula cuti, tapi ramai juga kawan aku yang baru mula cuti. ;) ada yang bercuti ke seberang laut malaysia(ole-ole jangan lupa ha!), ada yang bercuti dalam peta malaysia, at least, ada yang bekerja, ada yang membatak(maksud lain, melepak dengan sengaja, kot).

     aku tak tergolong antara mana-mana ciri diatas, kerana tidak bercuti kemana-mana, juga hanya melepak dan bekerja dilakukan sama rata, tiada pilih kasih. walau hati nak keluar mencari kerja, tetapi rasa perlukan peneman(mengada? taklah, malas sebenarnya), makanya, duduk di rumah menjadi bibik, ouh, rajin la jugak, basuh baju, kemas rumah, kadang-kadang jaga twin, masak, makan, tonton TV, meng'online'(facebooking, blogging), menjaga rumah(motif tidak diketahui), dan seperistiwa dengannya. 

    ambil mood bercuti je =_="

    p/s; satu hari nanti, nak pergi bercuti sorang-sorang! huahaha. selfish? bukan lah, i mean lepas puas bercuti dengan family or anybody else ;)




    Sunday, November 14, 2010

    kebebelan

    ma, kenapa la nampak muka adik aje rase nak bebel? wuaaaaaa~ ada signboad tertulis 'sila bebelkan adik' ke kat muka ni?  memang la all your words is for my goodness, but im grown up, you can talk to me nicely ma. please.... love you with all my heart ma! peace!

    I LOVE MY MOTHER ALL THE TIME SHE SAID 
    ABSOLUTELY NOTHING


    Saturday, November 13, 2010

    crowded places?

    crowded with people? wedding ceremony(except my relatives and friends, sure will be okay), shopping mall(especially when holiday), and any crowded events. just not my place. dan akan elak sehabis boleh dari berada di tempat begitu! bukan tak nak bercampur orang, cuma pening bila suasana hingar-bingar! kalau jalan sorang-sorang takpe lagi, but when with friends, family, or anyone, indeed, cakap tak dengar, panggil tak sahut, senang hilang dari pandangan. tak ke gitu? pastu mengelabah =_="

    siapa hebat, kira la orang dalam gmabar ni, dalam masa 5 minit saja :)

    kalau dah tempat tu penuh sesak dengan orang, for sure dekat luar tempat tu pulak penuh sesak dengan kenderaan orang, kan? dan sudah semestinya kesesakan lalu lintas terjadi. aduhai, tidak tebal lah kesabaranku ini untuk mengharunginya!(even tak memandu, tapi rimas menunggu!) hehehe, banyak songeh la lu minah! anyway, saja nak kongsi pendapat, if nak kongsi pendapatan memang tak la kan, peace yaw :)




    Thursday, November 11, 2010

    kesombongan

    'sombong? kenapa perlu sombong? seronok ke jadi orang sombong? ada ke orang nak kawan dengan kau kalau kau sombong?'


    'hah? what are you trying to says actually? perasan bagus betul lah!' hahaha, jangan lah marah ye. baju tu yang cakap, aku tak cakap.


     sometimes we are't arrogant, but people around us misunderstood when we act like an arrogant.
    kadang-kadang aku malu pun orang cakap aku sombong. tapi kadang-kadang aku memang sombong tapi aku tak perasan sebab muka memang dah berat kan. gambar diatas tidak ada kena mengena dengan aku kerana hidungnya super tinggi, sesuai dengan peribahasa 'hidung tinggi'. 


    aku pun tak perasan yang muka aku ni minta penampar kadang-kadang(siapa cakap selalu meh cakap face to face!) ;) dah biasa sangat tu. tapi aku tak sombong lah sebenarnya, tak caya meh tegur, jangan segan! bajet famous dan ramai kenalan lak, sigh* hehehe. aku cuma tak prihatin je, bukan sombong. so, don't judge book by it's cover okay guys ;)



    Wednesday, November 10, 2010

    certerpen saya

    seharian tiba dari segamat, uda tiba-tiba berkata sambil mengkebil-kebilkan matanya memandangku 'adik, would you babysit rania for this 2 days, because we'll send rayyan to their opah, and it is't fair that rania need to go to nursery while rayyan did't, would you, would you adik?' sambil buat muka kosong tak ambil tahu(emm, macam lirik lagu) aku pun angguk je. 

    rania, bukan susah pun jaga budak ni compare to rayyan yang dah tak berapa suka pada aku, tak tahu mengapa. mungkin kerana kebengisan ku, mungkin cuma. tetapi rania tetap saja manja dengan ku, aku terharu ;) sambil menjaga rania, aku menjalankan tugas-tugas membasuh, memasak, menyidai pakaian yang telah dibasuh, memakan, dan juga menonton peti TV yang bersiarankan MTV, nickelodeon, disney channel dan sebagainya. tak lupa juga aktiviti atas talian(on line). 

    bila dah bosan, tidur bersama rania Zzzzzzz

    p/s; certerpen adalah 'cerita terlampau pendek' yang diahsilkan oleh; aku, sekian wasalam ;)

    Tuesday, November 9, 2010

    buah hati pengubat luka


    mr sushi
    miss sushi
    mr. tart
    miss sandwich
    seperti diatas, meraka adalah teman rapat aku pada masa-masa yang aku perlukan, tiada siapa yang pernah lebih rapat dengan aku melain mereka! mereka lebih memahami aku dari sesiapa yang pernah mengenali aku. aku cinta mereka. maaf kerana terlebih sudah* hehehe. semua hanyalah rekaan semata, tiada kena mengena sama ada yang masih belum dimakan atau yang telah pun selamat dimakan ;) tapi, bagi aku makanan adalah pengubat luka di hati, bukan luka luaran ya! jangan pulak ada yang buat ujikaji aka eksperimen pulak lepas ni ;) sangat suka bila keluar bersama kakak-kakak, kerana mereka akan selalu memayung, bukan payung dari panas atau hujan, memayung dari segi keuwangan ya para kecomelan yang kurang faham, terima kasih bila dah faham. just wish for anything reasonable food that you wanna eat, they will consider! hahaha. pergi sana, makan, sini, makan, makan dan makan, bestnya kalau jadi pengacara rancangan makan-makan, salah satu cita-cita aku* 

    p/s; malas nak snap gambar makan ni sendiri, apa guna internet jalur lebar, search je lah!



    Monday, November 8, 2010

    my girl ?

    even though im a girl, i has girls who are mine! curios? even you are't, just says that you are!
    say it, out loud, say it! emm, macam cerita twilight je* nothing else, just that what im gonna wrote in this entry, 
    peace yaw! teeheee~


    Friday, November 5, 2010

    berjiwang??

    first of all, thanks for reading my unreadingable crap ;)
     starter yang cliche lah aman! okeh, based on topic above, i like to elaborate a bit bout jiwang, just from my view. aman, kita bukan nak buat karangan english ye, lagi satu, perlu ke spekin bagai? dah la english kamu agak tak masuk di akal. at least im trying. heeeeee, okeh-okeh, cukup bermonolog aman, berbalik kepada tajuk ya rakan-rakan, jiwang?

    perkataan sinonim bila wujud kejiwangan

    kata-kata semangat untuk orang bercinta

    yes baby! tetiba*

     ermm, berfikir seketika* bagi aku, jiwang ni, hanya untuk orang bahagia bercinta. yang putus cinta pun banyak, tapi just untuk memarahkan atau lebih faham, memparahkan lagi hati yang luka, cewah. bcoz, kebanyakan lagu-lagu jiwang khas untuk orang putus cinta sebenarnya. bila da putus cinta tu, duk lah melayan lagu-lagu jiwang, then melalak aka meratap dan menangis sorang-sorang bila flashback kenangan-kenagan manis bersama, kan? eceh, macam ada pengalaman je* haaa, bukan ke tak elok tu? tapi, kita patut tarik ia kearah posotif dengan menganggap, putus cinta adalah pengalaman. bagi individu yang 'sedap' bercinta pulak, mesti lah dengar lagu jiwang, sambil senyum sorang-sorang, lepas tuh, mesej ayat jiwang-jiwang dengan pasangan, tak cukup tu, on call sebab nak meluahkan kejiwangan, haa, luah sampai lebam! huh, macam jealous aje* memang pun! hahaha, yes! aku dah berjaya mengarot! well done aman!

    TUHAN, KURNIAKANLAH HAMBA MU INI PASANGAN HIDUP YANG DAPAT MEMBIMBINGKU  KE JALAN MU YANG DIREDHAI, dan BERIKANLAH KESIHATAN AKAL FIKIRAN DAN TUBUH BADAN YANG BERPANJANGAN KEPADA KU. AMIN~ 


    p/s; kredit kepada azriena abu zarin diatas lappy anda, juga siti hajar abd malik diatas broadband anda :)

    Thursday, November 4, 2010

    f.r.i.e.n.d

    salam ;)

    once upon a time, i came here, in uitm segamat without knowing who will be my friends, who will entertained me, who will be my foe. hahaha. im not trying to make up a story, but to tell a little story bout us in uitm segamat ;)

    kami semester satu

    kami agak berapat, ini kerana kami berbilik satu aras, dan kami berenam saje part one, jadi, berapat lah kami berenam dari berminggu bermesra bersiswa(bbb, eh, mms) even bergaduh, tak lah lebih dari 3 hari(kira tak langgar hukum la kan)  tapi, naik semester dua ni, kami berpecah bilik, bermakna, bilik kami jauh-jauh, tak sama aras dah, tak sama blok dah cuma sama kolej saja(zamrud da best, cewah) walaupun begitu,
    kami still rapat cam dulu till hari ini except da pink one, woot. hahaha. tak mengapa, kami tak berkisah, kami tetap bergumbira. makan pakai kami masih terjaga. eceh. tak perlulah sampai begitu. yang penting, even      kami bergaduh atau berselisih faham, kami tetap memerlukan antara satu sama lain, selagi kami masih disini, at least ;) peace yaw!! 

    Tuesday, November 2, 2010

    si comot kami!

    salam ;)

    first of all, hawaw u guys? ;) 
    hadir nya aku disini hanya nak memuat naik sedikit pitca si kembar tidak seiras, 
    yakni rania&rayyan, tadaaa;

    si manis ;)

    yang tak leh blah, malu-malu lak masa ni!

    'yeay, oshu amik gamba'

    'emm, buat-buat ta nampak la'

    pakai puting pun asal boleh ye rayyan, meanwhile rania 
    duduk dan membelek mainan dgn tekun.

    anak sedara dah ramai, tapi ini je yang ibu dia rajin upload gambarnya, yang lain busy kot, 
    so gambar anak-anak mereka tak terupload gamaknya. peace!




    Monday, November 1, 2010

    jejaka korea pilihan hati!!

    salam ;)

    first of all, thanks for watching me on MTV, watehel? hehehe.
    no, siyesly, thanks for reading my crap ;) dalam entri kali ni, aku nak share pasal kecenderungan aku.
    start form 3, aku jadi pengikut tak berapa nak setia cerita bersiri or drama korea, dan dibawah ni, beberapa jejaka korea yang menjadi pilihan hati sepanjang aku mengikuti cerita korea;


    lee dong wook
    first jumpa dia dalam cerita 'my girl'
    hyun bin
    first jumpa dalam cerita 'sam soon'
    jang geun suk
    first jumpa dalam cerita 'u r beautiful'

    walaupun tak pernah jumpa betul-betul, tapi tengok diorang dalam cerita-cerita tersebut pun da buat aku jatuh cinta pandang pertama. sigh* senang betul jatuh cinta!

    p/s; credit to azreina abu zarin atas sebab-sebab tertentu. rahsia kami berdua* ;)