si cantek & kachak ;)

Friday, December 31, 2010

selamat tinggal tahun dimana aku berumur belasan T_T

assalamualaikum...

walaupun besday aku yang ke-20 lambat lagi, tapi tahun-tahun yang dipandang sebagai remaja belasan tahun akan berlalu beberapa jam je lagi(dari waktu entri ni dipost) dan, selamat datang ke tahun yang matang(ye kot). errr, tak sangka macam cepat je masa berlalu, mula-mula ada ingatan masa umur 3-4 tahun, eh, tetibe sekarang dah 20 tahun?(banyak benda yang aku skip dari menulis).

dari bayi yang comel dan putih dulu-dulu, ke ala-ala mak bayi yang terlebih zat kini, dan gelap-gelap gitu. teheee. tapi tetap, wuohhh, tak sangke tak sangke, aku dah besar rupanye. biler nak kecik balik tu yang kite tatahu -_-" ye, kite kena terima kebenaran teka-teki 'apa benda yang naik dan tak turun-turun?' dan jawapannye 'umur', seadanye. pasti ramai yang aku unlike kann? tapi, ni la lumrah kehidupan. ^_^

so, dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat tinggal tahun 2010, hepi new year guys..... ;)

fakta ; tahun ni ade 365 hari... teheeeeee


p/s ; new year eve ni pergi shopping barang na balik hostel bersame cik ct zack kembang. teheee~

luahan hati perasaan yang tak ubah seperti rojak(jiwa kacau)

assalamualaikum..

errr, dah stated pun pada tajuk entri bahawa jiwa kacau, maka, mukadimah pastinya tidak keruan dan tiade permulaan ayat gred A+(tengok, belum ape-ape da meraban punye ayat). okay, sebenarnya cuti semester dah nak mengankat sauh, dah nak berlayar pergi, seperti berlayar perginye tahun 2010 ini, makanye, aku perlulah mengemas barang untuk dibawa pulang ke US(ulu segamat je pon).

tapi sebelum pulang ke US ni, aku berase begitu kacau bilau, mungkin kerana cuaca yang tidak menentu dan pemakanan yang tidak teratur(sama sekali mengarut), sebenarnya mengenangkan terpakse menemui roomates baru, classmates baru dan keadaan persekitaran yang baru(what a big deal?).

takkk, takde sape faham lerrr, yang sebenarnye, i'm not kinda friendly to make new friends. tapi semua akan berjalan lancar, insyaALLAH :)

p/s ; goodbye to you my 'teen ages' T_T i'll make sure to post an entry for youuu !!

Wednesday, December 29, 2010

waiting.....

assalamualaikum..

menanti buah durian gugur ke, menanti exam's result ke, menanti pensyarah masuk kelas ke, menanti bas uitm lalu untuk bawak ke bandar segamat ke, menanti seseorang menghubungi kita ke, segala jenis pernantian adalah satu penyeksaan, kann? jika tiada kesabaran ;)

haa, yang ni mmg betul berlaku... T_T

tapi jangan sampai jadi camni sudah ;)


Sunday, December 26, 2010

bola bola bola ??

assalamualaikum..

biler nak cerita pasal bola, dengan penuh kejujuran aku nak bagitahu, aku cuma tahu bola tu bulat je. kann?
yess, aku memang tak tengok mane-mane match bola antara mane-mane pihak pun. siapa yang tengok match bola dalam family aku? jawapanya, semua, tak kira yang paling tua, hingga ke yang baru lahir, kecuali aku!

paling gamat kalau abang-abang ipar aku yang tengok, siap diorang yang golek-golek dan terjerit jerit bila pasukan yang diorang sokong tu dapat jaringkan gol. dulu, masa abah aku ada pon, dia super suke tengok match bola ni, sampai aku pernah la terikut tengok same sebab sangat happening bile tengok ngan dia. tapi itu dulu(ceh, ayat cam iklan), sekarang aku da tak minat balik. lantak pi lah depa.. teheeee...

ape yang menarik sangat tengok soccer ni? tapi tak pe lah, aku tanak kondem orang yang super minat ngan bola pon cuz mungkin sekarang aku tak minat, masa depan kita tak tau kan, sekali terjadi kipas susah mati *die hard fan soccer match, haa sudah, da malu kalau orang ingat bahawasanye aku penah kondem orang yang suke tengok soccer match sekarang ni.

takde motif pon gambar ni, saje nak letak sempena tajuk entri kali ni ;)
p/s ; yay, tumpang hepi sebab malaysia menang 3-0, woot, hebak lah malaysia!!!! ;)      

Saturday, December 25, 2010

sunday night cooking

assalamualaikum.

tajuk entri dah macam rancangan masak-masak kat asian food channel la pulak kan. padahal masak nye tah ape-ape je, actually aku try masak spegeti tanpa menggunakan daging lembu, dan ditukarkan dengan bebola daging ayam rumah buat(home made) saje, cara-caranya ; daging ayam blend, tepung, garam, serbuk lada hitam digaul rata dan cedok dengan sudu letak dalam air mendidih, senang bhai..

nampak macam bebola tak? boleh la kan ;)
and then, bawang besar potong dadu tak dadu jugak la, bawang putih hancur(guna lah pape cara untuk hancur kan, terpulang pada kalian), carrot potong ikot kekreatifan kalian jugak. nak tambah sayur lain pun okay, tapi tayah sarat sangat la kan.

asal boleh je aku potong sebenarnye, tapi bawang putih tu memang hancur benaran okay!
lepas da siap potong potong potong bahan tu, panaskan kuali dengan minyak, lebih elok minyak zaitun ye para penjaga kesihatan sekalian. ape lagi campak, campak dan campak la bahan-bahan dalam kuali atau periuk...



hah, lupa pulak nak sebut bahan-bahan lain, antaranya, pes tomato dalam tin, air(bekas rebus bebola ayam lebih elok) dan sedikit serbuk lada hitam dimasukkan dalam tumisan...

seperti selalu(selalu kot), persembahan perlu dinaiktaraf lagi..
so, rasanye tak pedas, kalau nak pedas tambah la cili padi ke, kan? aku buat ni bukan untuk aku sorang, untuk anak-anak buah aku sekali(2 orang je yang ade ni). so agak muak la kan, tekak asia la katakan(ceh, nak asia je) mesti la nak pedas-pedas, kalau boleh pedas sampai kene buasir kannn? teheee..

p/s ; blend ayam jangan lumat-lumat, sumpah muak nanti! renung renungkan dan selamat mencuba ;)

Thursday, December 23, 2010

brunch untuk diri sendiri ;)

assalamualaikum..

sedar tak sedar dah hari khamis hoi, lagi beberapa hari dah nak mula semester baru, mana tak sedarnya, dekat separuh atau lebih masa cuti dok menyelammi alam mimpi je kejenye! teheee.. dah memang tu hobi aku untuk masa lapang, sedangkan masa tak lapang pon kalau tak ade apa-apa melintang depan aku, aku yang melintang(tidur) lalala~

okeh, disebabkan ketiduran berpanjangan, maka, tiada lah breakfast dan ditukarkan kepada brunch(breakfast+lunch) kan. benda yang tak berapa nak elok lah yang rajin terbuatkan, diulang, terbuat! sememangnya tak elok tidur lepas subuh kan. tapi cuaca pagi yang seakan akan menggalakkan kita tidur tidur dan terus tidur.

masa tengah tidur, dalam hati tertanye, biler la nak tengah hari, biler la nak tengah hari, sekali tengok jam, ha kaw, nak dekat jam 1PM ok, bukan kumpulan korea 2PM tu! sebab ape? sebab cuaca yang tak melambangkan ketengaharian lansung! macam forever is morning okay!

eh eh.. berbalik kepada brunch, aku dah letak nasik dalam rice cooker biar mende tu yang masak bukan aku, pagi-pagi lagi sebenarnye, mesti lah bangun tengah hari je nasik dah masak kan, tapi bukan tu brunch aku cuz malas masak lauk. bukan de orang nak makan pun kalau aku masak sedap, diorang balik malam(alasan mesti kukuh) so, aku keluarkan sweet corn frozen, baked bean, daging burger dan telur 2 biji.

aku goreng jagung frozen menggunakan butter, begitu juga telur, goreng daging burger tayah gune minyak cuz minyak dari daging tu pun akan berlinangan bila letak daging tu atas fried pan, siap aku perah daging tu guna tisu lepas goreng sebab keminyakan yang terlampau, baked bean je tayah buat pape, cuz dia da de dalam 'sos tomat'(orang indon cakap la) hasilnya, tadaaa ;

presentation yang ala kadar by the name who unnecessary to mention ;)

p/s ; pelik? semua makanan pelik-pelik terturun dari kakak-kakak aku, sekian trimas ;)

Wednesday, December 22, 2010

new gadjet new friends

assalamualaikum.

rasa macam da lama tak update blog ni, cuz i'm quite busy doing everything! isnin aku pergi selayang mall bersama cik siti zulaikha(z) dengan niat dihati mahu mencari henset dalam lingkungan bajet aku dan keseleraan hati, tapi tidak kesampaian. so aku balik rumah cik siti z dan tumpang bermalam semalamam kerana hari selasa beliau tak kerja, jadi kami boleh ke low yat mahupun berjaya times square bagi menyampaikan hajat ^_^

pagi lagi kami dah bangun, mandi, solat, siap-siap, ikut sekali abah cik siti z hantar mama beliau ke tempat kerja di mida kl sentral. kami melepak dekat kl sentral menunggu rakan-rakan sekuliah cik siti z turut serta dalam misi kami. ha, before that, we went to breakfast at medan duta with siti z parents and her younger sister.

then, kawan rakan cik siti z iaitu ila, kechik, dan k.huda agak kelewatan, maka kami bergerak menaiki monorail dalam lingkungan jam 11-12 tengah hari. okay, this is my first time ever went to low yat! gila rambang mata! dari tingkat 1 sampai 3(kalau tak silap) memang jual gadjet kecik-kecik cam enset, mp3,4,5, aksesori etc lah! the rest level da menjual laptop laptop laptop...

ye, bersyukur bawak cik siti z ni kerana beliau bertindak sebagai P.A aku, kenapa? sebab dia yang dok ushakan enset untuk aku, siap tanya enset apa bole dapat dengan bajet aku(rahsia kerajaan) dan bole ada 3g bagai. aku nyampok kadang-kadang je! hehehe. thanx cik siti z! nah, nak share new cellphone(picture aje lor) aku ni ;


bagi orang manyak duit, memang ler benda ni murah bagi kalian, tapi ade aku kesah?
lalala~

after i got this stuff, aku sudah sangat pokai ;) then, aku dan mereka-mereka pergi ke times square untuk mereka-mereka bershopping pulak. aku cakap ngan kechik 'penat kan keluar ngan perempuan ni, macam-macam diorang nak beli' bajet aku laki la kan, padahal kalau duit berkepuk gak memang kaya orang yang berjual kat sana kalau aku dah melabur.

so, aku ikut saja mereka berjalan satu ts tu, mangaih sangat derita kaki aku ni cuz dari pagi berjalan, mane tak lenguh kau! tapi tak mengapa, kerana mereka juga sabar masa aku mencari SE kat lowyat before that, jadi, tanpa banyak songeh aku ikutkan je! teheee.

p/s ; best la keluar ngan kenkawan cik siti z! konklusinya, kami sekepala! lalala~ wuah, betul kata cik siti z, tak sabar nak tunggu enset abes charge!! 

Thursday, December 16, 2010

nak kurus tapi....

orang berbadan comel(demok,chubby,etc) ni takkan nampak begitu comel bila bergambar kan? sebab? gambar menceritakan segalanya *picture tell the story* aku pun bila tengok gambar sendiri yang berbadan comel* ni mesti cakap 'mangaih, besarnya aku, aku besar camni rupernye, lebar la siot aku' menci menci sangat!

tapi, apakan daya, sudah anugerah dari yang ESA, terimalah seadanya. hehe. bukan tak pernah cuba nak kurus. pernah tak makan nasi sebulan lebih, memang banyak la turun masa tu, tapi tekak ni sekali da dapat nasi, ha kau, makin asik teringat nasi jer, dah macam addict pulak jadiknya, parah.

aku tak pernah la sampai makan ubat kurus tapi pernah cuba makan herbalife, memang sangat bagus, tapi harga tak berapa nak masyuk lah bagi aku, bagi aku jer ok! so, terpakse benti ler, tengok lah kalau keduitan seimbang lagi, aku akan teruskan, promish! bukan untuk kurus jer taw, untuk maintain kesihatan yang sejahtera juga berguna!

tapi since akhir tahun ni, keinginan nak kurus tu menipis pulak, tah kenape, jadi tak kesah nak makan ape, cuma takdelah sampai nak gain weight lagi kan, tanak tanak tanak! aku kena aim gak untuk kurus! nak beli pakaian pon senang kan, self confident pon tak lah sampai bawah takat beku!

p/s ; walaupun dia tak kesah(ye ke tak kesah?) aku kena usaha gak, ceh, heheh ;)

kenapa korean ?

hye hui hoit guys ;)
giler lah, kalau dapat tengok cerita korea, satu kerja haram tak boleh buat seyh, buat pon sebab terpaksa, tu pun  marah-marah, bentak-bentak, rungut-rungut, sungguh kurang bermoral disitu! tapi tu semua terjadi ada sebab musababnya, tak gitu?

bagi pecinta korean drama mahupun movie, sebab ape korang syuker syangat? tak tahu gak, meh aku bagi hint *memang suka nak hint-hint ni* ni semua sebab ;

  • pelakon yang cun, santek, kachak, ensem juga cute tak kira hero mahupun heroin
  • lakonan diorang, tak kayu la weyh *puji lebih*
  • cerita cintan *suke suke suke*
  • semua mood ade(happy,sad,unsatisfied,suspens,etc)
  • bahasa mereka comel(yah,arraso,saranghae,pyanae,etc)*mahap lau salah eja ;)
  • jalan cerita menarik(ye ye je aku ni)
  • ........korang rase??









picture atas sekali tuh, the latest drama yang aku tengok, still belom habis, sebab memang baru dari ladang nih. not bad ma, suke suke suke! aku tak upload la sumer cerita yang aku tengok, banyak mangaih, giler hape! yang ni quite famous la kan, mesti ramai tahu.

p/s ; kalau dah minat tu, memang macam-macam la cakap kan, tapi, bagi yang tak minat tu, tayah nak kondem sangat la, aku tak kondem pe yang ko minat kan? so, muafakat membawa berkat, sekian trimas ;P

Wednesday, December 15, 2010

i'm their's aunt la !

tengah hari, tolong abang ipar aku bawak twin pergi klinik sesama, uda aku kerja *laki dia kerja sendiri, jadi aku lah mangsa keadaan disini. adess, bukan tak nak, tapi aku tahu keadaan akan jadi begini ;

masuk je dalam bilik dokter tu, abang ipar aku pegang rayyan duduk sebelah meja dokter, manakala aku yang pegang rania pula duduk berdepan dengan dokter. dokter tu tanya itu ini aku buat tak pandang je muka dokter tu(f.y.i, dokter tu lawa dan muda) biar abang ipar aku yang jawab. 

benda yang aku dah jangka akan terlintas kat kepala otak depa 'aku mak/mama/ibu/umi kepada twin tu' adoila, aku tau la badan aku macam mak orang, tapi muka ni comel apa *terpaksa perasan untuk mengkaburkan mata musuh! lain kali tanya arr dulu 'ni anak awak ke?' apa daaaa...

pastu dokter tu cakap 'ouh, patut lah dia tak tengok muka aku, bukan mak diorang rupanye' sambil tersengih, tapi aku akui la dokter tu santek, lawa, muda, sempoi, siap boleh cakap 'korang ni memang nak kena cubit' sambil buat tangan macam nak hantukkan kepala kitorang(memang lain mulut dari tangan) sebab tak tahu details bout twin, almaklumlah, kitorang bukan mak budak-budak tu. tehee~

yang kenot go sesangat, pembantu dokter tu boleh lak cakap 'ouh, twin sepasang ye? muka diorang lain kan, sorang macam mama, sorang macam ayah kan.' mama tu aku la maksudnya berdasarkan situasi ketiadaan ibu mereka pada waktu itu, adess la, lagi sekali! ha, keje kau bang, terangkan kat dia cepat!

lepastu kitorang keluar, nak gi kaunter, nak bayar, abang ipar aku ni mintak resit, orang tu tanya 'nak letak nama sapa?' abang ipar aku cakap 'rozita mohtar' akak tu leh tengok aku smabil cakap 'ouh, mak diorang ek?' aku dengan muka tak rela terus memandang tempat lain, adoila, bang, keje kau lagi untuk ekspelen!

soooo, nak ditekantubikan di sini, akaq muda lagi la!! menci menci menci taw!! 

Tuesday, December 14, 2010

answer me, not questioning back !

asalamualaikum ;)
tengok tajuk cepat, tengok tajuk! actually, i'm used to questioning back if anyone ask me questions! faham tak situasinya? meh aku bagi eksampel ;

situasi 1
uda ; dek, arini kau masak hape?
aku ; haa? kenape?
lepas tu kena bebel... 'ih, nape ko suka tanya balik bila aku tanye?'

situasi 2
dia ; do you l**e me s***g?
aku ; emmm, how about you?
dia ; can u answer my question cuz i'm da one who asking first.
*dem dem dem(damn) i wanna hear that form you first lah! nak tanya dulu segan.

situasi 3
huzaif ; oshu, kenape bla bla bla(banyak sangat soklan dia, aku tak hingat da!)?
aku ; kenapa, tak boleh ke?
diam dengan muka protes sebab aku tak jawab soklan dia, tak kuasa mak, penat nak melayan kanak sorang ni!

synonym wit me -_-"

so, natijahnya adalah, aku memang akan 'tertanya' balik bila orang tanya soklan, sampai kene marah! huuuu, i did't mean it laaa ); nasib baek la masa exam aku tak menjawab soalan dengan soalan jugak, kalau tak, parah! tapi berguna kot kalau nak main game 'menjawab soalan menggunakan soalan' macam dalam rancangan spontan tu ;D teheee.

Monday, December 13, 2010

diari dan blog

hye dan salam ;)
siapa kat sini mencatat sejarah di dalam buku kecil atau besar, comel, menarik dan sebagainya, setiap hari? itu korang namakan diari kan? mungkin tak ramai dah yang buat macam tu lagi sebab dunia dah maju, zaman dah berubah, umat manusia dah tanak guna buku, semuanya menggunakan gadjet yang canggih manggih, konon nak selamatkan pokok dari ditebang.

bukan nak mengarut, jauh sekali mencarut. bukan nak bagi pendapatan, cuma nak bagi pendapat yang aku tak berapa nak setuju bila orang cakap kita tak perlukan diari bila dah ada blog. blog is for public view, but diary only for our own, diary is our private writing, don't you guys think so? even dalam blog pon kita boleh nak buat private if we want, tapi mana nak seronok kan kalau tulis blog semata untuk diri sendiri, sharing is loving kan. tehee~

so, apa-apa yang kita rasa private, takleh share ngan orang, takleh gak nak pendam mendendam, kita curahkan lah dalam diari. tanak cuba? kalau cuba, nanti buat collection, dah tua-tua baca balik. aku amik contoh dari kakak-kakak aku je, diorang kan dah tua, haha. dulu masa diorang muda belia mcam aku, wajib kot tulis diari ni. pastu sekarang, aku yang baca diari diorang yang dulu tu macam baca buku cerita!



kebaikan diari ; tak payah bukak lappy, pc dan sepisis dengannya, jimat letrik, tak perlukan letrik atau kuasa solar, mudah dibuka dimana-mana, dan banyak lagi ;)

keburukan diari ; dari pokok(tepakse tebang pokok la), mudah hilang ;p

p/s ; aku pun baru nak start tulis diari tahun 2011 ni ;) (tanpa diari, terkuburlah sejarah-amanina) peace yaw!

Sunday, December 12, 2010

makan dan movie(narnia)

salam hi hye ;)
ahad yang ceria ni aku keluar lagi, kalau aku yang keluar, memang takde tajuk lain selain makan dan movie, ouh, my pleasure ;) memula nak pergi jomheboh, tetiba kawan kensel pulak kan, lega gak ler, bukan pe, kat jomheboh semestinya padat rapat dengan manusia, disebabkan cuti sekolah, dan paling jelas, hari ahad! 

da kensel date ngan kawan, aku teringat pula bahawa ada seorang sepupu perempuan aku yang belajar(nursing) dekat kl ni, so aku terus text dia, tanya nak keluar tak, then dia cakap, jom la, haa, maka, berjanji lah kami ingin berjumpa di petang hari, sebelum ni tak pernah keluar sama atas sebab-sebab private and confidential.(sumpah menyampah dengan ayat sendiri)

da siap-siap, tanya angah 'leh tolong antar gi OU sekarang?' tapi, jawab angah 'aku belum mandi, belum semayang la, anak aku sape nak tengok ni?' huuuu, aku terus sentap dan nak nanges(cengeng bai) ngadu kat uda! hehehe. at last, abang wan(uda's hubby) yang hantar sampai kat muka pintu OU okay! haha, takde la, drop aku kat tempat taxi waiting sudeh! pergi tanpa memikirkan pulang nanti mahu naik apa!

aku jumpa cousin aku tu, kitorang pergi makan kepsi dulu sebelum membuat keputusan cerita apa yang akan kami laburkan duit untuk ditonton. akhirnya ;

pilihan ideal kami

(review) cerita kali ni hanya lucy, edmund dan seorang cousin meraka yang annoying kembali ke narnia, petter dan susan sudah dewasa, dan berpisah dengan adik-adik mereka kerana pergi belajar(ouh, my petter yang hemmsem dan susan hanya muncul dalam beberapa scene saje) nak tahu lebih lanjut, tonton la sendiri dan rasai kedinginannya(dalam cinema sangat sejok kan)

okay, finished with the movie, i call my angah(sentap kejap je) lalu bertanya tanpa segan silu 'sape nak amik adik eh?' woot. she said 'ko kat mane? lepas maghrib la aku amik' wehuuu, so, tayah risau-risau dah, terus ajak kejen aku ni pergi makan lagi ;) kami makan tako ball dan juga kimbap(nasi kepal bersalut seaweed)
hahaha, full gilak! and the end~

p/s; karangan terlebih panjang, harap maaf ;)

Saturday, December 11, 2010

tersasul la !

assalamualaikum guys(pestaim bagi salam penuh kat sini ni) ;)
okay, bukan nak citer apa sangatlah, tadi aku tersangat la bengang dengan anak ben ten tu(nadi huzaifah la), umur baru empat tahun lebih, mengenakan orang kemain lagi! adesss. 

begini citernya, tadi adalah tersangat sibuk mengemas rumah(sampai la ni tak siap lagi sebenarnya), so, mestilah keadaan tunggang langgang macam kapal titanic nak karam. aku pulak masa tu aku tengah keluarkan kain dari mesin basuh dengan hasrat hati yang murni nak tolong sidai. tetiba si huzaifah ni dok belari-lari dengan gembira dan tergelak-gelak seperti asyik sekali bermain menunjukkan muka di dapur. 

dan, aku yang teramat lah geram sebab dia dok main-main macam kat taman permainan tapi pada hakikatnya hanyalah sebuah ruang yang bersepah dengan barang, terus berkata atau lebih tepat, menjerit 'pergi main kat dapan sekarang!' hah kau, uda yang berada kat singki dah menahan gelak, tapi si huzaifah 'dapan??' sambil tersengih-sengih! aku tengah marah ni weyh! kau boleh ulang pulak apa yang aku tersalah cakap tu!

dengan keadaan marah lagi aku berkata 'pergi depan sekarang, kalau tak usu masuk bilik air!' hah, sekali lagi aku tersasul! aku nak cakap 'kalau tak usu masukkan kau dalam bilik air!' okay!! uda dah tergelak-gelak, aku yang nak marah pun dah turut serta gelak, lebih-lebih lagi bila dengar huzaifah dok ulang-ulang 'dapan? usu, dapan su?' sambil gelak-gelak gak. dia pergi depan cakap ngan mama dia 'mama, dapan mama'.

  ni semua uda punya pasal, boleh dia gelakkan aku depan budak tu! moral of the story, jangan membebel atau tunjuk bagus bila tengah marah, nanti korang yang bengang tak terkata!

p/s; mahap la kalau sakit mata tengok kaler merah mak ngah kat blog aku ni ;)

Friday, December 10, 2010

result ouh result (",)

salam guys ;)
meh aku nak briefing sikit, aku ni bukan la student yang pandai genius macam kebanyakan student, yang juga top blogger, memang jeles nih, cemana lah diorang semua tu boleh pandai, juga seperti seorang yang sempurna, cemana? susah nak cari jawapan ni(padahal malas nak cari, sigh*)! nak sedap kan hati, cakap je diorang ni gifted, tuhan memang cipta manusia ni lengkap dengan kelemahan dan kekurangan, so, takde la rasa jeles sangat bila ingat tuhan bagi kepada yang terpilih(betul terkesan ke cara ni?)

aku selalu terwondered, kenapa aku tak genius, kenapa aku tak camtu, kenapa aku tak camni, kenapa aku tak rajin(yang ni terang-terang salah sendiri) adoyai, nasib baik jugak lah aku bekawan dengan kaki belajar, so, nak tak nak, nak jugak lah belajar. aku pernah terpikir nak berenti, sebab rasa tak seswai ngan course aku sekarang ni, bila diutarakan hasrat hati, naik bebulu telinga kena bebel dek membe-membe, haa, teruskan jugak lahhh!

okay, untuk tidak membebel terlampau dan terlebih berjela, aku sebenarnya nak berterima kasih pada rakan kawan yang nampak peningkatan aku dari sem sebelumnya(walau sangat tak seberapa) tapi you guys sangat rock dengan mengcongrats dan ucap syukur untuk aku! sumpah terharu, macam seorang adik yang dipuji oleh kakak setelah berjaya  menyapu sampah satu rumah ;) 

p/s ; thanks guys ;) really appreciate your support on me! okay, aku tak jadi berenti dan kawen dah(bajet ada orang nak plak!!)! hahaha

berhijrah

salam kenkawan ;) dah beberapa hari kita melangkah ke tahun baru bagi tahun islam, jadi aku mengambil kesempatan yang masih ada untuk berhijrah dari buruk ke baik. biar lah orang tak nampak dengan mata kasar, tapi hati aku yang rasa kebaikannya. biarlah bukan besar penghijrahan aku ni, asal hati aku yang rasa ketenangannya.

apa yang aku dah buat lepas-lepas, biarlah antara aku dan tuhan yang mengetahui, cuma aku nak describe betapa tenangnya aku sekarang ni, tapi sebab result nak keluar, terganggu gak la. tenang dari segi rohani insya'allah ;) harap berpanjangan ketenangan yang dirasa, harap ditebalkan iman didada, harap menjadi seorang yang setia kepada Allah, emak, abah, keluarga, kawan dan dia, harap bahagia semuanya, dan harap segala kebaikan yang akan dilakukan, bukan sebaliknya. amin~

p/s ; janji tak buat lagi, he makes me realize lot of things and taught me to feel guilty ;)






Wednesday, December 8, 2010

pakwe aku dan drama baru dia !

ahaks, pakwe aku pakwe aku ;)
aku akan gigihkan untuk menghabiskan tonton drama yang pakwe aku ni berlakon lagi  dalam masa cuti ni gak, tak kira ! ;) ye, pakwe aku seorang pelakon, korang mungkin kenal, dan mungkin tidak ;) ahaaaaa, eksaited nyeee!(berangan lah kau!) tapi najwa tajudin(ex-rumet) yang cakap tu pakwe aku, well ;D

hahaha, memang aku suka berangan! JANG GEUN SUK oppa(tak kenal? pegi google la)! dia kembali lagi(bunyi nak dekat-dekat ngan 'tora kembali lagi...' jek) dengan drama baru bertajuk 'Mary Stayed Out All Night' pulak, tengok kat youtube sudeh! ohohoho, comel sangat dengan curly hair, dan macam drama sebelumnya, dia pun menyanyi gak dalam drama ni, cool! ^_^ 
go oppa go ~

p/s ; bialah aku nak perasan, tak suka sudeh! lalala~

Tuesday, December 7, 2010

kakak-kakak

salam (;
macam aku pernah cerita(tak pernah pun pernahkan je), aku anak bongsu dari 5 orang beradik beradik. ada 3 orang kakak dan seorang abang(atas aku abang). jarak umur aku dengan abang dan kakak-kakak agak jauh. motif nak bagitahu tu semua? saja nak bagi tahu ape perasaan aku! tanak baca sudah lah! hahaha, emo jap! okeh, proceed, perasaan aku.....

  best bila dapat merasa kebaikan diorang, kureng best bila diorang duk berkumpul. sebab? masa aku kanak-kanak comel, diorang remaja, cerita pasal pakwe-pakwe, aku bukan tau ape!, sekarang pulak woman talks, aku kan muda remaja lagi dan tak comel dah(perlu ke mention?) bila diorang cerita pasal married stuff, memang harapan la untuk aku involve lebih-lebih. duh, macam la aku tak tau ape orang dah kawen 'buat'! 

tapi diorang tak la sampai halau aku keluar atau suruh aku pergi mana-mana time diorang nak bercerita tu macam aku masa kanak dolu-dolu. at least, aku dapat la pasang telinga dan menyampuk apa yang patut(puas hati gak la).

 tapi apa yang betul tak best, aku rasa tak boleh nak cerita pada diorang apa yang aku lalui zaman remaja ni selain dengan kawan dan friends. mereka la harapan hati (; nak cerita kat kakak-kakak rasa macam 'ouh, paham ke diorang apa aku rase? ahh, malas cerita, nanti diorang nganjing je' tu apa yang aku fikir la.

siapa hadapi benda yang sama mesti la fahamkan! aku ada pakwe ke, hape ke, diam je la, malas nak bagitau diorang, aku segan dan takut nak terima pandangan diorang, aku takut diorang sinis(patut ke?) lagipun pelik kot, adik ade pakwe? hahaha, meh gelak ramai-ramai, diorang cakap! errr, tu aku reka je ok! tapi mungkin kan? self confident aku sangatlah takat beku(paling rendah!)so, kalau diorang baca, harap faham la apa aku rase! hohoho, berharap ni weyh! aku nak gak cerita-cerita ngan diorang! harapan ;)

 sekali kena bebel camni ' kau tu belajar lagi, abiskan belajar tu dulu, baru fikir pasal pakwe-pakwe, laki-laki, suami-suami, karang, belajar tah ke mana, pakwe tah kemana... bla bla blaa...' haa, padan muka aku! 

p/s ; haa, baru kena perli baek punya kat fesbuk, tulis pasal pakwe lagi, kena sekali dengan puan along ; 'dah zaman ber'fb' ni, bule  bagi tau satu dunia'! terus tersentap kat pangkal hati ni ha! alahai kakak~

Monday, December 6, 2010

only girl(in the world) rihanna


La la la la
La la la la
La la la la
[VERSE 1]
I want you to love me, like I’m a hot pie
Keep thinkin’ of me, doin’ what you like
So boy forget about the world cuz it’s gon’ be me and you tonight
I wanna make your bed for ya, then imma make you swallow your pride
[CHORUS]
Want you to make me feel like I’m the only girl in the world
Like I’m the only one that you’ll ever love
Like I’m the only one who knows your heart
Only girl in the world…
Like I’m the only one that’s in command
Cuz I’m the only one who understands how to make you feel like a man
Want you to make me feel like I’m the only girl in the world
Like I’m the only one that you’ll ever love
Like I’m the only one who knows your heart
Only one…
[VERSE 2]
Want you to take me like a thief in the night
Hold me like a pillow, make me feel right
Baby I’ll tell you all my secrets that I’m keepin’, you can come inside
And when you enter, you ain’t leavin’, be my prisoner for the night
[CHORUS]
Want you to make me feel like I’m the only girl in the world
Like I’m the only one that you’ll ever love
Like I’m the only one who knows your heart
Only girl in the world…
Like I’m the only one that’s in command
Cuz I’m the only one who understands, like I’m the only one who knows your heart, only one…
[BRIDGE]
Take me for a ride
Oh baby, take me high
Let me make you first
Oh make it last all night
Take me for a ride
Oh baby, take me high
Let me make you first
Make it last all night
[CHORUS]
Want you to make me feel like I’m the only girl in the world
Like I’m the only one that you’ll ever love
Like I’m the only one who knows your heart
Only girl in the world…
Like I’m the only one that’s in command
Cuz I’m the only one who understands how to make you feel like a man
Only girl in the world…
Girl in the world…
Only girl in the world…
Girl in the world…

p/s ; more than 40million viewers in youtube coz it an awesome song. but, what do you guys think about the lyric? all i can says 'biasalah, lagu omputeh kan!' ;)

alahai tangan -_-"

memasak bubur untuk twin, tergolong dalam tugas harian(kerja bibik) sebab dah deal dengan uda bagi mendapatkan mystery gift as reward jika bersetuju melakukannya(ikhlas la kot) beberapa hari lepas, ketika menjalankan tugas specific seperti di atas, sebahagian kecil kulit tangan atau lebih fokus, jari manis tangan kanan aku terpercik dek lahar bubur yang tersangat lah panas, tak sempat la pulak nak pergi lalukan kat air paip atau buat apa yang patut, duk biar la camtu sahaja, keesokan hari, nah, hasilnya adalah seperti aku memakai batu delima kecil yang sedikit senget di jari manis tanpa sebentuk cincin(boleh bayang tak?) ha, maka, cacat sikit tona warna kat tangan kanan ni -_-'

tadi cerita tangan kanan, ni tangan kiri pula, seperti biasa(biasa jugak lah), hari ahad akan meluangkan masa untuk mengikut sesiapa pun keluar sama ada sekadar window shopping atau shopping benaran, so, sebagai bukan pemandu, adalah dimestikan aku sebagai pembuka dan penutup pagar rumah. masa pergi tiada kecederaan(alhamdulillah), masa pulang(nauzubillah) 'arghhhhh!!' aku terjerit dalam hati walau muka masih macho kerana tangan kiri tersepit pada selak pagar disebab selak pagar tu ketat sangat, check tangan, biru macam urat dah pecah kat dalam. alahai tangan -_-"

p/s ; careless sangat ke aku ini? atau sudah tersirat di luh mahfuz(err, betul ke?)



Saturday, December 4, 2010

repunzel movie 2010


ouh, cita-cita aku nak tengok cerita ni tercapai akhirnya, walau bukan yang 3D sebab da terlepas timingnya, tetap nak tengok waima yang biasa kerana jiwa dah memberontak nak tengok nak tengok! jadi, aku meminta penghantaran ke cinema bedekatan oleh kakakku(tesco je dan MBO cinema je, at least). membeli 2 tiket dewasa untuk aku dan seorang kanak kecil, ouh, silap perkiraan dan membazir RM5 disitu ye! siapa kanak kecil yang dimaksudkan? nadi huzaifah ben ten la. kali pertama bagi dia menonton wayang, sangat hebat ye, aku pun umur dah berbelas baru first time tengok wayang ok!(umur waktu itu dirahsiakan)

ouh baiklah, berbalik kepada ini movie, banyak kelainan dari cerita repunzel yang pernah kita tengok baca dan dengar dari kecil. sedikit perkongsian disini; repunzel memiliki kuasa(teka lah!) dan nenek yang kurung repunzel ni treat repunzel just like her own daughter even a bit mean sebab lansung tak bagi keluar dari that tower kan!

aku nak sesumpah(benatang yang leh menyamar) atas kepala repunzel tu!

p/s ; memang best lah! teserlah keperempuanan i taw! haha

nadi huzaifah bin apa?

ini lah budaknya

nak dijadikan cerita, hari tu tetiba aku terbual mesra dengan dia(selalunya tak berapa nak mesra la kot), disaksaikan oleh mamanya, iaitu angah aku. perbualan kami berbunyi begini;

aku; huzaifah, nama awak ape ye?

huzaif; emm, nadi huzaifah.

aku; ouh, aaa, nadi huzaifah bin ape ye?

huzaif; emmmm, nadi huzaifah bin... ten (ben ten).

(terkesima jap sebelum gelak besar bersama mama dia!)

p/s ; budak zaman sekarang, aneh-aneh je kalau menjawab! barang siapa tak kenal ben ten tu, rajin-rajin mengoogle la ye ;)

Ben Bradshaw

ever heard about him? dia orang putih a.k.a matsalih yang pernah menetap di sarawak dan kuala lumpur, tak lama mana, tak lebih dari 5 tahun, tapi sangat suka bercakap bahasa melayu! how impressive is that kan? sebenarnya ramai lagi matsalih yang suka bercakap bahasa melayu, tapi aku highlight this guy sebab dia ada a fan page on facebook, click here and check it out ;) he's quite cute and funny lah, jangan terlebih feeling lak kat dia ok! haha.

p/s ; teringin nak jumpa dia lah! hehe...

Friday, December 3, 2010

rm2 for 22hours calling and texting by celcom ^_^

what up, what up? siapa pengguna celcom kat sini? amacam? puas hati? even it only valid until this 31st december, tapi puas sangat guna, kan? from 2a.m till 11.59p.m for RM2. it means, 22hours guys! whoaa! boleh cakap sampai pening(if not using earphone), boleh taip mesej sampai bengkak jari(kalau kalian rajin). jangan lepaskan cellphone dari charger, sebab for sure your cellphone battery might low as low as possible. tapi mesti korang prefer to call compare to texting kan? me too! HAHA. memang terbaiklah musim cuti kali ni, i lovin it <3 ~ 

p/s ; celcom, i love you lebih banyak! and credit to azriena abu zarin sebab bagi ini idea untuk dikongsi ;)

Thursday, December 2, 2010

acne and pimples !

siapa tak ada sekelumit pun jerawat dekat muka atau mana-mana bahagian kulit dia? susuk apa korang pakai ha? errr, wuduk je? okeh-okeh(terkesima jap) even aku bukanlah 'penjerawat tegar'(banyak jerawat) tapi masih jugak ada jerawat sebijik dua dekat kawasan muka ni. black serta whitehead tu, tak boleh nak kira kot! tehee~ actually, pimples itself comes from clogging oil in our skin pores. nak control cemana kan? kurangkan makan makanan berminyak la kot(boleh ke?) lalala~

bepop(salah satu watak dalam lawak kampus)

alhamdulillah la takda jerawat sesihat jerawat-jerawat bepop ni! pencuci muka apa korang pakai? aku pulak da cuba macam-macam jenis pencuci muka, paling aku suka guna, scrub facial cleaning(apa-apa brand la) asal scrub, sebab lepas guna, kulit muka ni rasa licin, selicin kulit bayi(ye ke?) ;) tapi uda aku cakap scrub boleh digunakan three times per week je! tapi aku hentam je hari-hari ;) hope there's no effect on my face lah!

p/s ; kawan aku cakap, aku makin putih? nak tips? tip nya : jangan keluar rumah!  hahaha