si cantek & kachak ;)

Wednesday, December 22, 2010

new gadjet new friends

assalamualaikum.

rasa macam da lama tak update blog ni, cuz i'm quite busy doing everything! isnin aku pergi selayang mall bersama cik siti zulaikha(z) dengan niat dihati mahu mencari henset dalam lingkungan bajet aku dan keseleraan hati, tapi tidak kesampaian. so aku balik rumah cik siti z dan tumpang bermalam semalamam kerana hari selasa beliau tak kerja, jadi kami boleh ke low yat mahupun berjaya times square bagi menyampaikan hajat ^_^

pagi lagi kami dah bangun, mandi, solat, siap-siap, ikut sekali abah cik siti z hantar mama beliau ke tempat kerja di mida kl sentral. kami melepak dekat kl sentral menunggu rakan-rakan sekuliah cik siti z turut serta dalam misi kami. ha, before that, we went to breakfast at medan duta with siti z parents and her younger sister.

then, kawan rakan cik siti z iaitu ila, kechik, dan k.huda agak kelewatan, maka kami bergerak menaiki monorail dalam lingkungan jam 11-12 tengah hari. okay, this is my first time ever went to low yat! gila rambang mata! dari tingkat 1 sampai 3(kalau tak silap) memang jual gadjet kecik-kecik cam enset, mp3,4,5, aksesori etc lah! the rest level da menjual laptop laptop laptop...

ye, bersyukur bawak cik siti z ni kerana beliau bertindak sebagai P.A aku, kenapa? sebab dia yang dok ushakan enset untuk aku, siap tanya enset apa bole dapat dengan bajet aku(rahsia kerajaan) dan bole ada 3g bagai. aku nyampok kadang-kadang je! hehehe. thanx cik siti z! nah, nak share new cellphone(picture aje lor) aku ni ;


bagi orang manyak duit, memang ler benda ni murah bagi kalian, tapi ade aku kesah?
lalala~

after i got this stuff, aku sudah sangat pokai ;) then, aku dan mereka-mereka pergi ke times square untuk mereka-mereka bershopping pulak. aku cakap ngan kechik 'penat kan keluar ngan perempuan ni, macam-macam diorang nak beli' bajet aku laki la kan, padahal kalau duit berkepuk gak memang kaya orang yang berjual kat sana kalau aku dah melabur.

so, aku ikut saja mereka berjalan satu ts tu, mangaih sangat derita kaki aku ni cuz dari pagi berjalan, mane tak lenguh kau! tapi tak mengapa, kerana mereka juga sabar masa aku mencari SE kat lowyat before that, jadi, tanpa banyak songeh aku ikutkan je! teheee.

p/s ; best la keluar ngan kenkawan cik siti z! konklusinya, kami sekepala! lalala~ wuah, betul kata cik siti z, tak sabar nak tunggu enset abes charge!! 

1 comment:

  1. hahahahaah~ xcited kn!!!! hahahahaha~ best2! pasnih bole wt mcm2! =)

    ReplyDelete